Powered By Blogger

Followers

Sunday, December 12, 2010

ASSALAMULAIKUM......

sudah lama ana tidak meng'update' ana punya blog ini
walaupun hanya ada 2 orang saja yang join ana punya blog ini
tapi ana akan cuba meng'active'kan ana punya blog ini juga

sementara masa masih ada untuk meng'update' ana akan 'update'

sekarang ana ingin mencoretkan mengenai pengalaman ana semasa menghadiri satu kursus kepimpinan
kursus kepimpinan yang telah diadakan untuk para2 junior yang bakal menjadi pemimpin di kolej kediaman ana yang bernama KHAR....
program yang ana hadiri 2 diberi nama 
KURSUS KEPIMPINAN RAKAN EXCO 2

kenapa 2 ya?
yang pertama ana tidak dapat menghadirinya kerana telah menjalani satu sesi pertandingan menari 
ana mewakili kolej kediaman ana iaitu KHAR
sebab itulah ana terpilih sewaktu KUPREX 2 ini

dalam KUPREX 2 ini banyak peristiwa dan pengalaman yang ana dapati
ye la kan kursus kepimpinan la pulak namanyakan

salah satu yang betul2 ana ingin katakan dan agak menarik
ialah
KEMESRAAN ANTARA JMK ITU SENDIRI

kemesraan mereka membuatkan ana jelez
ye la
mesra mereka sampai ada yang jadi bapak dan emak
sangat rapat macam satu keluarga
menarik sesangat

kalau macam kitorang, peserta KUPREX ni,
tidak la semesra mereka antara kami
sangat ukuh pertaliaan antara mereka
inilah perkara yang sangat men'jelez'kan ana

sungguh di sana banyak bende yang ana belajar
walaupun apa yang ana katakan ini akan membuatkan seseorang berkata ayat skrip
atau ayat yang telah di'draft'
akan ana katakan jua

perkara yang ana dapat semasa KUPREX 2 itu:
1. dapat belajar macam mana nak 'handle'kan sesuatu perkara dalammasa yang singkat
seperti
macam mana nak buat surat untuk mendapatkan tender dalam masa yang sama kami mempunyai jadual yang amatlah padat
bukan itu sahaja,
kami juga perlu buat kertas kerja yang berkali-kali di'reject' dan program yang perlu kami lakukan hari itu juga
fuh
sungguh banyak drama ana dapat lihat
2. ana dapat belajar macam mana nak berinteraksi dengan orang dengan lebih efisien
tutur kata yang menarik akan membuatkan seseorag itu menjadi lebih pecaya kepada kita
tutur kata yang sopan akan melembutkan hati seseorang itu berubah daripada keras kepada lembut
bak api yang disimbah air

banyak sangatlah perkara yan ana belajar semasa kursus itu
ana juga telah mempunyai keluarga yang besar di UPSI setelah menghadiri kursus itu
ana sangatlah sayang akan keluarga baru ana di UPSI itu

banyak lagi yang ana ingin coretkan dalam penulisan ana kali ini

tapi ana takut apa yang ana tulis ini akan membuatkan kesilapan
ana ni bukanlah seorang penulis yang hebat
takut lari tajuk
hehehe

yang baik datang daripada ALLAH SWT
yang buruk itu datangnya dari ana sendiri yang telah dikurniakan oleh ALLAH

ana minta maap banyak2 kepada
peserta KUPREX 2
JMK

sayang korang sangat

ASSALAMUALAIKUM.............

No comments:

Post a Comment