Followers

Thursday, September 3, 2015

1st Marathon!!!

Assalamualaikum

Kali ini saya nak menceritakan 
Hoi! Skema!!!

hehehe

Ok, kali ni bab benda yang aku baru join...

MARATHON!!!!

Aku dah jatuh hati dah dalam bidang ni...
Serious, seronok wei...
SANGAT!!!

Ini semua sebab ada sorang 2 la...
Kalau dia tak approach aku, memang aku sekadar like je lah page...

Ok, event pertama aku kat

KUCHING...!!!
Dan sebab marathon ini lah aku dah menjejakkan diri aku di Kuching...
TQ Awak... 
Muah sikit... hehehe

Ok ini Route yang saya ambik untuk kali ini...
10 km je... Sebagai permulaan...
Ok dah review kan dia punya route...
So far bagi aku ok la...
Sebab bukit tak de sangat...
Kira boleh la...
Sebenarnya tak penat mana kalau aku mula awal untuk training...
tapi yang ini pun tak penat sangat pun...

Cuma!!

Timing aku je lambat...

Ok ini aku nye timing

Ok, Korang tengok... Betapa teruknya masa aku... 144/8++....
Fuh, nasib la tak sampai 200... hehehe
Habis, aku terus rehat...

Berhadapan dengan Plaza Merdeka kat Kuching
Ok la Plaza Merdeka ni...
Baru lagi kan... 
Kira ok lah...

Sementara aku menunggu dia habis buat 42km
Aku lepak je la kat finishing line...

Tak sampai sejam pun aku tunggu
Dan dia habis...

Akhir,
Bergambar....
Owh ya

Betapa buruknya aku berlari waktu ini...
Kena perbaiki performance ni...
Jumpa camera je, aku wajib membuat muka paling cute dan comel... hahahaha

Medal untuk 10/5km dan medal untuk 42.195km...
Jeles yang sebelah lagi cantik
Gambar terakhir...
Kami selepas habis berlari..
Sebelah aku ni champion... Best dapat kenal dengan dia....
Ok next event aku adalah

https://mro.myraceonline.com/mwr15/Registrations

Tapi dah tutup dah penyertaan dia...

Ok see u next event ye... kih3

Sunday, April 7, 2013

Permulaan. Ikhtilat.


Diri ini mulakan entri ini dengan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Alhamdulillah dah banyak perkongsian yang diri ini kongsikan dengan pembaca semua. InsyaAllah, pada kali ini, entri mengenai ikhtilat dalam Islam akan dikupas serta dibincangkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ikhtilat ? Ikhtilat dari segi bahasa bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan.
Persoalannya, mengapakah ikhtilat antara lelaki dan perempuan begitu dititikberatkan dalam Islam ? Macam inilah. Kalau pergaulan sesama lelaki dan sesama perempuan tidak perlulah dirisaukan kerana perkara tersebut dijamin tidak akan berlaku perkara maksiat padanya serta telah pun dibenarkan dan dihalalkan oleh syarak. Oleh hal yang demikian, persoalan ikhtilat antara lelaki dan perempuan akan dibincang serta dikupaskan.
Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia. Jelas setakat ini ?
Maksud daripada sabda Rasulullah :
Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dia ditemani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Dalil di atas membuktikan bahawa kita wajib menjaga diri kita yakni menjaga ikhtilat. Allah melarang serta mengharamkan wanita bermusafir seorang diri tanpa ditemani mahramnya. Allah juga melarang lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan.
Lihat, betapa urusan ikhtilat ini dititikberatkan oleh Allah dan Rasulullah. Siapalah kita untuk meremehkan perkara ini sebenarnya ? Tepuk dada, tanya iman dan diri.
Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai daripada kalangan masyarakat kita yang memandang remeh serta memandangnya sebelah mata sahaja. Zaman moden sekarang ini, masyarakat sudah tidak lagi memandang soal-soal sebegini. Maklumlah, diliberalkan Islam pada masa sekarang. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Alahai, betapa jumudnya pemikiran masyarakat sekarang.
Apakah hukum ikhtilat sebenarnya ? Pasti semua pembaca tertunggu-tunggu mengenai hal ini. Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar’ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah :
  • Pertama – Harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • Kedua – Harus kerana keperluan (hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf’ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya.
Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah :
    • Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
    • Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
    • Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
    • Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
    • Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar’ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.
    • Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.
    • Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ei.
    • Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
    • Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.
  • Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta’. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.
✿✿ Batasilah Ikhtilatmu ✿✿
Jaga serta batasilah diri kita dengan mengamalkan beberapa adab ikhtilat. Antara adab ikhtilat dalam Islam ialah :
  • Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
  • Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
  • Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita.
✿✿Katakan Tidak Pada Pergaulan Bebas ✿✿
Wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian, berhati-hatilah kamu dalam berurusan sesama berlainan jantina. Boleh jadi urusan kamu mendapat keredhaan Ilahi atau mendapat yang sebaliknya yakni kemurkaanNya. Oleh hal yang demikian, janganlah kamu meremeh-temehkan hal ikhtilat.
Katakan tidak pada pergaulan bebas sama ada yang bersederhana atau pun yang melampaui batasan syarak. Sayangilah agama kita. Sesungguhnya setiap undang-undang dan hukum-hakam yang diperintahkan ke atas diri kita itu merupakan kebaikan untuk diri kita juga. Jadi, percayailah Tuhan kita. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendaoat mardhatillah dan syurgaNya yang abadi. Jangan sia-siakan usia kita dengan perkara yang tidak diredhai Ilahi. Ketahuilah bahawa hidup dan mati kita hanya untukNya. Jadi, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita ke arah kebaikan. Semoga kita semua menjadi insan soleh dan solehah yang muslih dan memuslihkan. InsyaAllah.

Monday, March 18, 2013


Assalamualaikum.

Pabila berbicara mengenai cinta, ramai akan mahu mendengar.
Pabila buku-buku tentang cinta diterbitkan, berpusu-pusu pergi membeli.
Pabila buku berkaitan agama, yang menjurus ke arah pengingatan, ramai yang buat tak tahu.
Tiada apa yang mahu dibicarakan.
Hanya ingin mempromosikan buku daripada saudara Hilal Asyraf.


Buku yang pembawakan yang agak berat bagi segelintir manusia, yang mana hatinya gelap. Yang mana cahaya yang bersinar hanya malap dan hampit kepadaman.
Tapi masih lagi bercahaya untuk memberikan peluang kepada diri untuk membaiki.
Makanya, buku ini dapat membantu kita untuk mengimbau, mengenang kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

“Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus lalaikan.”
“Buat yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan.”

Untuk diri ini dan semua, masih terbuka lagi ruang untuk kita kembali mencari cahaya, jalan dan petunjuk untuk mendekatkan diri kepadaNya.

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan.”
Surah Az-Zumar, Ayat 54

Jadinya, selamat membaca kepada sesiapa yang sudah memiliki.
DAN
Selamat memcari dan memberi kepada yang belum punyai lagi.

Baca
Hadam
Amalkan
Istiqomah

Mari menjadi hamba Allah. :)

Tuesday, January 1, 2013

azam?

Assalamualaikum..

Setiap tahun baru, dari kita mesti tak lepas mahu buat zam baru. Baiklah. Katanya untuk perbaiki diri.
No doubt. Benda bagus. Tak mempunyai masalah.
Yang menjadi masalahnya adalah azam yang dilakukan yang dilakukan kadang-kadang insane.
Abaikan insane yang mcam mana. Korang pun tahu. Even it a joke.

Bukan nak cakap berazam itu tak baik.
Baik. Tetapi ada pernah kita berazam untuk berubah segalanya bermula dari kita bangun dari tidur sehinggalah kita di"mati"kan untuk sementara waktu?

Hanya berazam untuk kepentingan diri yang mana untuk bekalan dunia sahaja.
Bukanlah seorang ustaz untuk berkata-kata. 
Tetapi kadang kala meluat.

Baiklah. Saya?
Saya sendiri mempunyai azam. Tetapi bukan hanya pada masuk tahun baru.
Tetapi setiap hari apabila diberi nikmat paling besar oleh-Nya.

Hanya ingin menyatakan 
Kita dihidupkan di dunia bukan untuk kepentingan diri kita,
Tetapi
Kita dihidupkan di dunia oleh-Nya hanya untuk beribadah kepadanya.
Dalam semua perkara Hanyalah Kerana Allah s.w.t.


Tuesday, November 13, 2012

Akhirnya.
Senyum lebar.
Menemani hidup.
Setelah sekian lama.
Diri gembira.

Saturday, September 29, 2012

LaKuKan

sudah.
aku sudah lakukan.

dan terpulang.

kini.

Monday, July 30, 2012

Hanay Dia berhak untuk MemBeri. :)



************




Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia jualah yang mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Surah Al-Qasas 28:55

Hidayah

Seringkali kita dengar bahawa jodoh kalau tak dicari tak akan dapat. Tapi pernahkah kita mendengar seperti ini.

“Hidayah itu milik Allah.”

“Tak apa la, tak sampai seru lagi nak berubah.”

Dan seumpama dengannya.

Masyarakat sekarang sering berkata-kata jodoh perlu untuk kita kejar. Hanya jodoh, jodoh, jodoh. Tapi jarang kita dengar orang cakap hidayah itu perlu untuk kita cari dan kejar.

Seperti surah Al-Qasas ayat ke 55. Ada menyatakan bahawa hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang berhak untuk memilih sesiapa yang perlu untuk diberikan hidayah tersebut. 

Dalam konteks untuk mendapatkan hidayah Allah, kita tidak boleh untuk hanya menunggu di bawah pohon epal dengan menunggunya epal jatuh kepala kita. Ya, mungkin Isaac Newton boleh memikirkan sesuatu yang ganjil apabila epal jatuh dari pokok. Tapi, dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa tidak akan mendapatkan kita sebagai orang yang layak mendapatkan hidayahNya. 



Penulisan ini mungkin ada sedikit khilaf. Sepatutnya kita sebagai hamba Allah @ khalifah yang telah diberikan tugas kepada kita oleh Allah hendaklah kita beribadah kepadaNya. Menjalani kehidupan seharian dengan landasan agama yang sebenar. Setiap perkara yang dilafazkan dengan Bismillah dan besertakan dengan niat kerana Allah perlu untuk diamalkan oleh setiap Mukmin. 

Sedikit seperti lari daripada tajuk iaitu hidayah. Tetapi sedar atau tidak dengan kita tawaduk dan khusyuk dalam ibadah dan kerja seharian kita berkeranakan Allah telah membuatkan kita berusaha setiap perkara yang kita lakukan itu untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Dalam masa yang sama, dari situ kita berdoa supaya hidayahNya sampai ke kita. 

Allah Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani.

Sebagai seorang hamba, perlu kita untuk mengecapkan syukur kepadaNya atas segala yang telah kita dapat. Tak perlu untuk kita mengeluh. Jangan berhenti berdoa untuk mendapat apa yang kita perlukan sebagai seorang hamba Allah. Dan apa yang setiap kita doakan itu tidaklah 100% kita dapat dalam jangka masa sekejap, kerana : 

“Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah, dan sesuatu yang kamu rasa buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Dalam hal ini, tidak perlulah kita untuk mengeluh apa yang kita peroleh. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang berbaik untuk hambaNya. 

Sesungguhnya tidak rugi jika kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hidayahNya. Kerana usaha yang telah kita lakukan itu dipandang mulia oleh Allah s.w.t.

Tetapi perlu diingatkan, di dunia yang penuh pancaroba ini, perlulah kita berguru dengan orang mahir kepada bidangnya. Janganlah kita hanya sambarono untuk mempelajari sesuatu itu tanpa mengetahui latar belakang pendidik yang ingin mengajar kita. Kerana sering kali kita dengar bahawa terlalu ramai ‘nabi’ pada zaman yang serba moden ini. 

Hidayah itu milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Berusahalah untuk mendapatkannya. 

*****************
insyaAllah.
Satu cerpen pendek akan dilakukan khas untuk tajuk berkenaan HIDAYAH ALLAH

Tuesday, June 5, 2012

"BERCINTA''




'BERCINTA' SEBELUM NIKAH : APA KATA KETUA ULAMA SEDUNIA?


"Ada yang kata 'bercinta' boleh. ada yang kata tak boleh. mana satu ni?"

"Ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin, boleh. Betulkah?"

"Ada yang kata penting 'bercinta' sebelum kahwin. ada yang sebaliknya. Mana satu?"

MAKSUD 'BERCINTA' SEBELUM NIKAH


Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini,  eloklah kita menyelaraskan maksud 'bercinta' dalam perbincangan ini. Bolej jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua.

Antara puncanya ialah, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa tinggi. Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarajat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadangkala timbul dilema.

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007) memberi definisi 'bercinta' itu ialah :

1. MENARUH RASA CINTA ATAU BERAHI
2. BERASA RINDU

Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.

Masyarakat kita pula rata-rata memahaninya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang itu sedang 'bercinta' apabila :


  • TERLALU KERAP SMS PASANGANYA WALAUPUN TIADA KEPERLUAN.
  • SELALU BERGAYUT DI TELEFON MESKIPUN TIADA URUSAN.
  • SELALU MENGATUR PERTEMUAN WALAUPUN TIADA MAHRAM.
  • BERPEGANGAN TANGAN.
  • MEMBONCENG MOTOR BERSAMA.
  • MENAIKI KERETA BERDUA-DUAN KECUALI TEKSI.
  • KELUAR TENGOK WAYANG BERSAMA-SAMA.
  • KELAUR MENYANYI DAN MENARI.
Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai 'bercinta-cintaan'. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai 'bercinta'. Setuju?

Manakala perbuatan menjalinkan hubungan cinta kasih deangan teman lelaki dan perempuan diistilahkab oleh Kamus Dewan sebagai 'berpacaran'. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dlam lagu adalah. Istilah 'berpancaran' lebih popular dalam kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai 'bercinta'.

Jadi apa sebenarnya makna 'bercinta'?

Mengikut 'manhaj' para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau inti pati benda yang dinamakan.Kaedah menyebut, ''Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma' ." Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.

Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.

Contahnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti 'hotdog'. Namun hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka 'hotdog' dikira baik sebab hakikatnya baik.

Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti 'bunga' atau 'faedah'. Namun hakikatnya buruk sebab haikatnya buruk.

Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti 'bercinta'. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pangmatan kasar penulis (Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha), rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz 'bercinta' itu dengan memahami hakikatnya sebagai 'berpacaran'.

Maka, 'bercinta' yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.

'Bercinta" yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah inti pati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri zina? Nauzubillah.

Al-Iman Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum 'bercinta', beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau. "Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram."

Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.

FIKRAH PERTENGAHAN

Islam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.

Islam juga mengutuk fitrah cinta uang dusalurkan dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh media. Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta diumbar dengan nafsu syahwat sepertimana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begiru parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilir pun, tiada siapa nk marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama muktabar tentang 'bercinta' sebelum nikah?

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya, "Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa' rashidun serta para sahabat Baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh Baginda SAW agar mengikut sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat."

TIDAK BERCAMPUR KECUALI ATAS DASAR URUSAN

Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendasak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.

2. Wanita tidak dihalang daripada menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).

4. Berasa malu dan menutup serta perhiasan tetapi tidak malu dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanta yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertutura.

7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsangkan.

8. Mengelakkan diri daripada khalwat.

PESANAN PENGERUSI MAJLIS ULAMA SEDUNIA TENTANG 'BERCINTA'

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata :

Saya ingin menegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.

Ramai orang memulai cara bercinta ini dengan cara tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.

1. Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.

2. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.

3. Banyak situasi seperti ini berdampak kapada hal-hal yang tidak terpuji, Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

4. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab kedua-duanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.

5. Lebih daripada itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serius dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tnapa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.

6. Saya (Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi) melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.

7. Perkara yang sesuai dirisik ialah : adakah sesuai antara kedua-duanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika diluhat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.

8. Jika merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat dihatinya.

9. Apabila kapak telah menancap di kepala (cinta berputik dan mereka saling berhubung), pada saat itu keluarga melihatnnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamanya tanpa sebab.

10. Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, "Tidak yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.

11. Paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adlah agama dan akhlak, dan kedua-duanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang Muslimah. (Fatwa Mua'sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349)

KESIMPULAN

Subhanallah! Luasnya skop kupasan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu 'bercinta'. Tidak terkurung daripada kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.

Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti ini. tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksaan hukum. Perlaksaan hukum mertilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia untuk mendapatk impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.

Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.

Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.

Ulasan istimewa dariapada 
Novel Tarbiah 2 dalam 1
Penulis sepasang suami isteri yang bahagia
Novel Cinta High Class dan Cintaku Kerana AgamaMu
Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha

Indah penceritaan dalam novel ini. Sarat dengan nasihat dan cara-cara sebenar untuk 'bercinta'. 

:)
tak sabar la pulak. :)

keindahan dalam kesabaran menunggu siapa dia bakal zaujahku.
insyaAllah. 

Wednesday, May 30, 2012

TAMMAT SUDAH :(

alhamdulillah
permulaan yang penuh dengan tangisan
tetapi berakhir dengan senyum tawa

inilah pertemuan yang amat indah dalam hayat diri ini

mereka merupakan tempat mengadu masalah
mereka tempat untuk bergembira bersama-sama

dan kini

tamatlah jawatan itu
pada 30 MEI 2012

kenangan itu merupakan sisa untuk kami
sisa untuk kami mengingati masa-masa indah
bersama-sama dalam tawa dan hiba

Allah.
sesungguhnya permudahkanlah urusan mereka dalam semua perkara
dan Engkau permudahkanlah segala urusan kami.

sungguh
rasa bosan tanpa Keluarga JMK 11/12
rindu

sesungguhnya
itu lah.
semua perkara tidak boleh untuk kita memegang semua untuk kebahagian kita

harapnya
kita tetap bersatu hati

Ya Allah Engkau mengetahui
Hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu 
Maka eratkan agar ikatanNya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia
Jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan Iman.

Bos - Mama - Abg Long (Man) - Kak Hala - Adik (Mieza) - Kak Juju - Jeda - Abg Adam - Kak Syidah - Adon - Ifa - Kak Sharon - Ali - Abah - Kak Long - Kak Shanti - Kak Glo - Abg Am - Kak Lai - Kak Tina - Abg Kamal - Abg Long (Husairi) - Kak Emy - Su - Kak Nathiya - Hairieyl - Kuntum - Nisa - Izzati - Mari - Mashithoh - Mariah.

Love U'll 

Sunday, May 6, 2012

6 Mei 2012

niat nk ke PWTC 
nk p PBKL

sampai kat pasar seni
blur xtau nak p mana
patah balik ke puduraya.

tergelak sendirian.