Powered By Blogger

Followers

Monday, July 30, 2012

Hanay Dia berhak untuk MemBeri. :)



************




Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia jualah yang mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Surah Al-Qasas 28:55

Hidayah

Seringkali kita dengar bahawa jodoh kalau tak dicari tak akan dapat. Tapi pernahkah kita mendengar seperti ini.

“Hidayah itu milik Allah.”

“Tak apa la, tak sampai seru lagi nak berubah.”

Dan seumpama dengannya.

Masyarakat sekarang sering berkata-kata jodoh perlu untuk kita kejar. Hanya jodoh, jodoh, jodoh. Tapi jarang kita dengar orang cakap hidayah itu perlu untuk kita cari dan kejar.

Seperti surah Al-Qasas ayat ke 55. Ada menyatakan bahawa hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang berhak untuk memilih sesiapa yang perlu untuk diberikan hidayah tersebut. 

Dalam konteks untuk mendapatkan hidayah Allah, kita tidak boleh untuk hanya menunggu di bawah pohon epal dengan menunggunya epal jatuh kepala kita. Ya, mungkin Isaac Newton boleh memikirkan sesuatu yang ganjil apabila epal jatuh dari pokok. Tapi, dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa tidak akan mendapatkan kita sebagai orang yang layak mendapatkan hidayahNya. 



Penulisan ini mungkin ada sedikit khilaf. Sepatutnya kita sebagai hamba Allah @ khalifah yang telah diberikan tugas kepada kita oleh Allah hendaklah kita beribadah kepadaNya. Menjalani kehidupan seharian dengan landasan agama yang sebenar. Setiap perkara yang dilafazkan dengan Bismillah dan besertakan dengan niat kerana Allah perlu untuk diamalkan oleh setiap Mukmin. 

Sedikit seperti lari daripada tajuk iaitu hidayah. Tetapi sedar atau tidak dengan kita tawaduk dan khusyuk dalam ibadah dan kerja seharian kita berkeranakan Allah telah membuatkan kita berusaha setiap perkara yang kita lakukan itu untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Dalam masa yang sama, dari situ kita berdoa supaya hidayahNya sampai ke kita. 

Allah Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani.

Sebagai seorang hamba, perlu kita untuk mengecapkan syukur kepadaNya atas segala yang telah kita dapat. Tak perlu untuk kita mengeluh. Jangan berhenti berdoa untuk mendapat apa yang kita perlukan sebagai seorang hamba Allah. Dan apa yang setiap kita doakan itu tidaklah 100% kita dapat dalam jangka masa sekejap, kerana : 

“Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah, dan sesuatu yang kamu rasa buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Dalam hal ini, tidak perlulah kita untuk mengeluh apa yang kita peroleh. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang berbaik untuk hambaNya. 

Sesungguhnya tidak rugi jika kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hidayahNya. Kerana usaha yang telah kita lakukan itu dipandang mulia oleh Allah s.w.t.

Tetapi perlu diingatkan, di dunia yang penuh pancaroba ini, perlulah kita berguru dengan orang mahir kepada bidangnya. Janganlah kita hanya sambarono untuk mempelajari sesuatu itu tanpa mengetahui latar belakang pendidik yang ingin mengajar kita. Kerana sering kali kita dengar bahawa terlalu ramai ‘nabi’ pada zaman yang serba moden ini. 

Hidayah itu milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Berusahalah untuk mendapatkannya. 

*****************
insyaAllah.
Satu cerpen pendek akan dilakukan khas untuk tajuk berkenaan HIDAYAH ALLAH

No comments:

Post a Comment