Powered By Blogger

Followers

Tuesday, June 5, 2012

"BERCINTA''




'BERCINTA' SEBELUM NIKAH : APA KATA KETUA ULAMA SEDUNIA?


"Ada yang kata 'bercinta' boleh. ada yang kata tak boleh. mana satu ni?"

"Ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin, boleh. Betulkah?"

"Ada yang kata penting 'bercinta' sebelum kahwin. ada yang sebaliknya. Mana satu?"

MAKSUD 'BERCINTA' SEBELUM NIKAH


Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini,  eloklah kita menyelaraskan maksud 'bercinta' dalam perbincangan ini. Bolej jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua.

Antara puncanya ialah, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa tinggi. Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarajat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadangkala timbul dilema.

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007) memberi definisi 'bercinta' itu ialah :

1. MENARUH RASA CINTA ATAU BERAHI
2. BERASA RINDU

Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.

Masyarakat kita pula rata-rata memahaninya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang itu sedang 'bercinta' apabila :


  • TERLALU KERAP SMS PASANGANYA WALAUPUN TIADA KEPERLUAN.
  • SELALU BERGAYUT DI TELEFON MESKIPUN TIADA URUSAN.
  • SELALU MENGATUR PERTEMUAN WALAUPUN TIADA MAHRAM.
  • BERPEGANGAN TANGAN.
  • MEMBONCENG MOTOR BERSAMA.
  • MENAIKI KERETA BERDUA-DUAN KECUALI TEKSI.
  • KELUAR TENGOK WAYANG BERSAMA-SAMA.
  • KELAUR MENYANYI DAN MENARI.
Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai 'bercinta-cintaan'. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai 'bercinta'. Setuju?

Manakala perbuatan menjalinkan hubungan cinta kasih deangan teman lelaki dan perempuan diistilahkab oleh Kamus Dewan sebagai 'berpacaran'. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dlam lagu adalah. Istilah 'berpancaran' lebih popular dalam kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai 'bercinta'.

Jadi apa sebenarnya makna 'bercinta'?

Mengikut 'manhaj' para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau inti pati benda yang dinamakan.Kaedah menyebut, ''Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma' ." Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.

Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.

Contahnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti 'hotdog'. Namun hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka 'hotdog' dikira baik sebab hakikatnya baik.

Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti 'bunga' atau 'faedah'. Namun hakikatnya buruk sebab haikatnya buruk.

Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti 'bercinta'. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pangmatan kasar penulis (Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha), rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz 'bercinta' itu dengan memahami hakikatnya sebagai 'berpacaran'.

Maka, 'bercinta' yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.

'Bercinta" yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah inti pati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri zina? Nauzubillah.

Al-Iman Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum 'bercinta', beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau. "Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram."

Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.

FIKRAH PERTENGAHAN

Islam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.

Islam juga mengutuk fitrah cinta uang dusalurkan dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh media. Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta diumbar dengan nafsu syahwat sepertimana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begiru parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilir pun, tiada siapa nk marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama muktabar tentang 'bercinta' sebelum nikah?

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya, "Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa' rashidun serta para sahabat Baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh Baginda SAW agar mengikut sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat."

TIDAK BERCAMPUR KECUALI ATAS DASAR URUSAN

Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendasak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.

2. Wanita tidak dihalang daripada menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).

4. Berasa malu dan menutup serta perhiasan tetapi tidak malu dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanta yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertutura.

7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsangkan.

8. Mengelakkan diri daripada khalwat.

PESANAN PENGERUSI MAJLIS ULAMA SEDUNIA TENTANG 'BERCINTA'

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata :

Saya ingin menegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.

Ramai orang memulai cara bercinta ini dengan cara tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.

1. Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.

2. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.

3. Banyak situasi seperti ini berdampak kapada hal-hal yang tidak terpuji, Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

4. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab kedua-duanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.

5. Lebih daripada itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serius dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tnapa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.

6. Saya (Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi) melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.

7. Perkara yang sesuai dirisik ialah : adakah sesuai antara kedua-duanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika diluhat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.

8. Jika merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat dihatinya.

9. Apabila kapak telah menancap di kepala (cinta berputik dan mereka saling berhubung), pada saat itu keluarga melihatnnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamanya tanpa sebab.

10. Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, "Tidak yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.

11. Paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adlah agama dan akhlak, dan kedua-duanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang Muslimah. (Fatwa Mua'sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349)

KESIMPULAN

Subhanallah! Luasnya skop kupasan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu 'bercinta'. Tidak terkurung daripada kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.

Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti ini. tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksaan hukum. Perlaksaan hukum mertilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia untuk mendapatk impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.

Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.

Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.

Ulasan istimewa dariapada 
Novel Tarbiah 2 dalam 1
Penulis sepasang suami isteri yang bahagia
Novel Cinta High Class dan Cintaku Kerana AgamaMu
Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha

Indah penceritaan dalam novel ini. Sarat dengan nasihat dan cara-cara sebenar untuk 'bercinta'. 

:)
tak sabar la pulak. :)

keindahan dalam kesabaran menunggu siapa dia bakal zaujahku.
insyaAllah. 

No comments:

Post a Comment