Powered By Blogger

Followers

Tuesday, October 19, 2010

KeYaKiNaN DiRi

assalamulaikum

bicara yang diluahkan pada kali ini ialah bagaimana kita menjadikan kita lebih yakin dengan diri kita sendiri...
amatlah penting untuk seseorang muslim itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi....

SEBAB APE????

bagaimana ISLAM ingin maju sekiranya setiap individu itu tidak mempunyai keyakinan diri untuk membuat perubahan kepada dirinya,agamanya dan juga kepada negaranya...

sekarang apa yang terlihat ramai remaja memang yakin kepada diri mereka,
tetapi keyakinan mereka disalahgunakan kepada perkara2 yang membawa diri mereka ke kancah kemungkaran Allah s.w.t
kita boleh lihat situasi ini dimana-mana sahaja
bukan sahaja terpampang di dada-dada akhbar
malahan kita boleh lihat secara "LIVE" menggunakan panca indera kita

adakah itu yang kita mahukan???
adakah itu yang ISLAM mahukan????
adakah itu yang NEGARA mahukan???
adakah itu IBUBAPA mahukan???

semestinya TIDAK!

kita mahukan seseorang individu yang bergelar REMAJA ISLAM itu yakin pada dirinya untuk perkara2 yang baik
bukan perkara2 yang buruk

jadi bersama-samalah kita belajar dan mengamalkan apa yang telah kita pelajari supaya menjadi seorang MUSLIM yang cemerlang
MARILAH KITA MENJADI SEORANG MUSLIM YANG BERGUNA KEPADA KELUARGA,NEGARA dan YANG PALING PENTING KEPADA AGAMA KITA!

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas

No comments:

Post a Comment