Powered By Blogger

Followers

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan


Assalamualaikum…
Ahlan wasahlan ya Ramadhan…
Berpuasa merupakan rukun Islam yang ke 3 selepas menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Allah s.a.w. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa"

Saat demi saat, minit demi minit, hari demi hari dihitung dan dikira untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan Ramadhan. Bulan di mana para alim ulama’ sangat menantikan bulan ini, mengejar untuk membuat kebaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda :


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Bagi ana sendiri bulan ini merupakan bulan di mana untuk kita sebagai umat Islam membuat satu transformasi terhadap diri sendiri. Transformasi ke arah kebaikan. Bulan ini juga melatih kita untuk menjaga dan mengawal kita daripada terus terpedaya dengan hawa nafsu kita yang selama ini membuak-buak meronta untuk melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan mereka. Ingatlah jangan kita menjadi hamba kepada nafsu kita sendiri. Bijak kita mengawalnya Insya-Allah akan berjayalah kita kelak.


Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan peperiksaan bagi umat Islam. Di mana banyak perkara yang akan diuji oleh-Nya untuk umatnya itu. Sekiranya berjaya kita mengharungi maka berjaya lah kita dalam kehidupan sebagai seorang mukmin.


Jadikan lah Ramadhan yang bakal kita lalui ini sebagai Ramadhan yang terakhir untuk kita. Persediakan diri kita dengan pelbagai amalan-amalan sunat untuk top up amalan wajib yang mana tidak kita menyempurnakan dengan perfect. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, rajin-rajin ke masjid untuk mendengar ceramah serta menunaikan solat tarawikh. Ini merupakan promosi Allah s.a.w. kepada umat Islam untuk mencapai ketaqwaan yang tinggi terhadap-Nya. Promosi yang di mana kita selalu mengabaikan di waktu-waktu sebelum ini. Rajinkan diri untuk beri Qiamulail untuk mengejar Malam Seribu Bulan. Tetapi sekiranya tidak dapat bersyukurlah kerana kita berpeluang untuk melakukan ibadat yang mana akan membuatkan diri kita lebih dekat kepada Allah s.a.w.



Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
(Surah Al-Israa' : Ayat 78 - 79)


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)


Pesanan untuk ana dan semuanya


Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai satu platform untuk membuat turning point kepada baik yang lebih baik.


Hargai Ramadhan yang bakal menjelang dengan pelbagai amalan sunat


Dan semoga Ramadhan memberi harapan, peluang, sinar kejayaan, lembaran baru, menjadikan kita lebih bertaqwa, beriman, soleh dan diberikan ruh yang baru untuk menjadi seorang da’ie dan juga seorang hamba Allah yang boleh untuk merubah sesuatu kepada kebaikan. Insya-Allah…


Sekian



No comments:

Post a Comment