Powered By Blogger

Followers

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan


Assalamualaikum…
Ahlan wasahlan ya Ramadhan…
Berpuasa merupakan rukun Islam yang ke 3 selepas menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Allah s.a.w. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa"

Saat demi saat, minit demi minit, hari demi hari dihitung dan dikira untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan Ramadhan. Bulan di mana para alim ulama’ sangat menantikan bulan ini, mengejar untuk membuat kebaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda :


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Bagi ana sendiri bulan ini merupakan bulan di mana untuk kita sebagai umat Islam membuat satu transformasi terhadap diri sendiri. Transformasi ke arah kebaikan. Bulan ini juga melatih kita untuk menjaga dan mengawal kita daripada terus terpedaya dengan hawa nafsu kita yang selama ini membuak-buak meronta untuk melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan mereka. Ingatlah jangan kita menjadi hamba kepada nafsu kita sendiri. Bijak kita mengawalnya Insya-Allah akan berjayalah kita kelak.


Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan peperiksaan bagi umat Islam. Di mana banyak perkara yang akan diuji oleh-Nya untuk umatnya itu. Sekiranya berjaya kita mengharungi maka berjaya lah kita dalam kehidupan sebagai seorang mukmin.


Jadikan lah Ramadhan yang bakal kita lalui ini sebagai Ramadhan yang terakhir untuk kita. Persediakan diri kita dengan pelbagai amalan-amalan sunat untuk top up amalan wajib yang mana tidak kita menyempurnakan dengan perfect. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, rajin-rajin ke masjid untuk mendengar ceramah serta menunaikan solat tarawikh. Ini merupakan promosi Allah s.a.w. kepada umat Islam untuk mencapai ketaqwaan yang tinggi terhadap-Nya. Promosi yang di mana kita selalu mengabaikan di waktu-waktu sebelum ini. Rajinkan diri untuk beri Qiamulail untuk mengejar Malam Seribu Bulan. Tetapi sekiranya tidak dapat bersyukurlah kerana kita berpeluang untuk melakukan ibadat yang mana akan membuatkan diri kita lebih dekat kepada Allah s.a.w.



Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
(Surah Al-Israa' : Ayat 78 - 79)


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)


Pesanan untuk ana dan semuanya


Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai satu platform untuk membuat turning point kepada baik yang lebih baik.


Hargai Ramadhan yang bakal menjelang dengan pelbagai amalan sunat


Dan semoga Ramadhan memberi harapan, peluang, sinar kejayaan, lembaran baru, menjadikan kita lebih bertaqwa, beriman, soleh dan diberikan ruh yang baru untuk menjadi seorang da’ie dan juga seorang hamba Allah yang boleh untuk merubah sesuatu kepada kebaikan. Insya-Allah…


Sekian



buku untuk orang malas baca

assalamualaikum...


seperti kulit buku nya
serius buku ini untuk orang yang malas membaca

bagi saya buku ini menarik
biarpun hanyalah catatan yang terdapat di dalam blog dan dibukukan
tetapi memang menarik la

bagi saya
hanyalah catatan seharian beliau
tetapi dia mempunyai mesej

contoh yang saya ingin bagi 

Tajuk : Cikgu Mail

Pagi, di kubur.
Cikgu Mail : Dari mana?
Aku : Saya menantu arwah, cikgu.
Cikgu Mail : Ooo yang kerja di Syarikat U tu ye?
Aku : Ye.

Malam, kenduri tahlil.
Cikgu Mail : Dari mana?
Aku : Saya menantu arwah, cikgu.
Cikgu Mail : Ooo yang kerja di Syarikat U tu ye?
Aku : Ye.

xtau nk describe kan makne nye
tapi pembaca pandai la menilai daripada catatan beliau itu

menarik dan seronok
terbahak2 membacanye

alang2 
nk promote sikit
RM10.00 je buku nye
akan ade lagi keluarannya
buku nya sebesar buku 555 je...
jangan salah bawa untuk ke majlis bacaan yaasin sudah
hehe

lupa
tuan nye buku ni namanya

itu je kot nukilan petang nie

hehe

sekian...

cerita semalam

assalamualaikum

cerita di kedai barang perkahwinan
27 Julai 2011
dalam jam 6.50 petang

ana : (melihat tempat letak cincin nikah/tunang sambil berkata) cantik nye bekas n warna nie...

kak ha :  bulan berapa??
agak berselindung

sahabat iz : bulan depan ke ko bertunang
(lupa dialog tapi lebih kurang la)
kih3

ana : (sentap...maut nyer soklan...kah3...gelak terbahak2) errrrr....



Wednesday, July 27, 2011


Ya Allah 
Engkau menegetahui
Hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu

Hati-hati ini
Telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

hayati tiap bait doa ini
telah menitis airmata kerana tidak dapat ku 
melaksanakan beberapa perkara yang terdapat dalam doa ini
doa ini seperti janji dalam setiap bait yang telah dikeluarkan oleh diri ini
tetapi janji tidak dapat ditunaikan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

sesungguhnya tidaklah mahu ana menjadi salah seorang ciri2 yang diperkatakan dalam hadis di atas...
harap2 dijauhkan
SUBHANALLAH

kerja mulia selalunya memang mempunyai banyak dugaan untuk meneruskan sesuatu
tetapi itulah pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah

Tidak akan berhenti untuk meneruskan
Moga mendapat kekuatan dari-Nya untuk agamaMu








SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada wan nor izzati
Kerana memberi kesempatan untuk menyebarkan lagi bidang dakwah nie
terima ksih jugak kepada 


orang yang pertama membuat segmen ni
sangat bagus kerana dalam masa berblogwalking ni ader la jugak pengisian yang buleh kita dapat daripada berblogwalking kosong

teruskan dengan hadis 

1) Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”
 
(al-Bukhari)


2) Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”
 
(Muslim)

3) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan kamu sendiri.”

 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


jom sharing

Tuesday, July 26, 2011


Dimulakan dengan lafaz Assalamualaikum

Tepat jam 12.00 tengah malam bersamaan 26 Julai 2011
Usrah yang telah lama ditinggalkan telah berjaya dilakukan bersama-sama semula
Usah dikatakan perasaan ini

Gembira tidak terhingga 
Kerana
Telah lama ditinggalkan perkara yang baik ini
Hati mula ter'isi'

Dimulakan Umul Kitan dan diikuti dengan bacaan surah Al-Mulk
Hati berasa seronok dapat membuat aktiviti ini beramai-ramai
Selalunya berseorangan, tetapi semalam berkesempatan untuk melakukan bersama keluargaku yang tersayang
Sukar untuk digambarkan

Pengisian yang ditambah dengan ucapan ribuan terima kasih daripada adik yang paling bongsu dalam keluarga itu...
Ucapan terima kasih yang tidak dapat digambarkan bagaimana gembiranya hati sehinggakan sebak di dada ingin membuatkan menitiskan airmata kegembiraan...

BERSABAR merupakan tajuk utama dalam topik perbualan kami

Untuk Abg Long saya Muhamad Husairi bin Hanafi
Allah ada berfirman dalam surah al-Anfaal ayat 46
"Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya ALLAH itu bersama dengan orang yang sabar."

Dan Allah berfirman lagi dalam surah Ali Imran ayat 146
"Dan Allah mencintai orang-ornag yang sabar."

Mim tahu abg kuat
Sejak dari mula paperwork bermula dugaan itu datang sedikit demi sedikit...
Tidak Allah menguji hambanya itu mengikut kemampuan hambanya itu...Sesungguhnya ALLAH mengetahui bahawa abg mampu untuk menempuh semua ini...

Kata abg Muhammad Abu Handhalah bin Kamil, yang merupakan orang yang kami sayangi...hehe
"Biasa la tu...Bende baik untuk dilakukan mesti banyak dugaannya...Bergantung kepada kita untuk menerima sebagai dugaan ataupun sebagai satu bebanan untuk kita..."

Mim hanya mampu untuk memberi semangat je kat abg,
Sebab kalau Mim yang lalui benda ni mungkin tidak akann jadilah program itu
Mim tahu tahap kemampuan Mim tidak sehebat abg
Jadi teguhlah berdiri kerana abg masih ada keluarga yang mampu untuk menolong dan memberi support kat abg untuk teruskan program-program seperti ini untuk manfaat semua...

Usai sudah untuk abg long ana....kih3

Untuk abg Mohd Kamal bin Rahmat
Hamba pertama yang telah membuka ruang untuk ana meneruskan aktiviti usrah ini...
Mungkin jikalau ana tidak bertemu dengannya ana tidak akan berjumpa dengan orang2 yang hebat seperti abg abu, abg husairi, abg ilham dan juga abg hafiz....
Dan abg juga merupakan sorang yang hebat bagi Mim...

Untuk abg,
Mim tak tahu la kalau2 abg mempunyai masalah dan mungkin Mim tidak akan tahu masalah abg, sebab Mim tidak berkesempatan untuk bertanya sama ada abg ader masalah atau tidak...
Tetapi apa2 pun bang sabar la bang ea...
Kerana
"Kesabaran itu merupakan 'Dhiya' (cahaya yang amat terang)." HR Muslim
Mim tahu abg mampu seperti mana mampunya abg Husairi melalui dugaannya..
Tidak ada apa yang boleh dikatakan,melainkan Mim rindu waktu2 dulu...
Mungkin tidak dapat untuk berulang seperti itu,disebabkan buzy dengan work masing2...
so PEACE...


Utk abg Mohd Ilham bin Ahmad,
Sepertimana yang Mim tahu abg pn ada masalah dan Mim tidak la mampu untuk menjadi pendengar yang terbaik dan juga penyelesaian yang terbaik...
Jadinya,
Gunakanlah apa yang abg ada sekarang untuk menyelesaikan dan mengurangkan masalah dan juga tekanan yang abg alami selama kita bekerja...

Utk abg Hafiz bin Sham @ abah
Abah memang steady...Happy go lucky...Tak tau la nk cakap pasal apa yang berkaitan dengan sabar kat abah ni..
Mungkin Mim sorang la tak perasan...
Tapi abah KEEP IT UP....
Bak kata Naib Yang Dipertua la...kih3
Pinjam tagline kejap ea...

Ending here about my family...

Dan entry mengenai SABAR telah pun ana postkan dan buleh la KLIK kat sini


Semoga bermanfaat apa yang telah ana berikan
hehe

Sekian
2-1-5 (1)
5:36 petang
26 Julai 2011
Kolej Harun Aminurasshid
UPSI

Tuesday, July 19, 2011

Terlalu banyak memikir
Penyakit menyerang

Terlalu banyak kesalahan terhadap mereka dan beliau
Apakah kata2 yg dikeluarkan dulu hanya kata2

Peluang yang ada perlu digunakan dengan sebaiknya
Kekosongan perlu diisi

Bersalah kepada beliau
Di mana tanggungjawab ku

perbualan yang sepatutnya begini

abg senior : berubah ker?
a : tak

mmm...

Friday, July 15, 2011

hati yang senang dibolak balikkan

ya Allah ya Tuhan ku
hanya kepada-Mu yang mampu untuk ku memohon segalanya
hanya kepada-Mu mampu ku mengadu segala apa yang telah berlaku
kerana Engkau Maha segala2nya
hanya Engkau sahaja pendengar masalah yang terbaik untuk setiap umat

aku sedar bahawa aku hanya menumpang 
aku sedar bahawa aku tidak layak bersama dia dan mereka
Engkau berikanlah ku kekuatan

aku saat merindukan masa itu
andai dapat ku pergi semula ke masa itu 
akan ku gunakan sepenuh masa untuk bersamanya
walaupun dalam susah

tapi sekarang hanya mampu bersendirian

hanya Engkau penemanku dan hanya Engkau sahaja yang memahami hambu ini 
ya Allah...
aku bersyukur kerana masih dapat merasakan dia di sisi...

mengharapkan kesedaran itu timbul untuk bersama semula

Friday, July 1, 2011

setiap percakapan merupakan ujian bagi diri sendiri
kerana yang lebih dekat mendengar merupakan telinga kita sendiri...

ana akan perbaiki apa yang kurang pada diri ana
tapi ana tidak faham dengan sesetengah orang

betul la orang cakap
cakap senang
buat tengok

tapi x pe la
ana cuba untuk memahami dan menikmati setiap perbezaan yang terdapat dalam kalangan kami

lebih baik ana berdiam diri di depan DIA daripada ana mengeluarkan suara
kerana setiap kali apa yang ana katakan merupakan ayat yang menyakitkan hati bagi nya
walhal la kata-katanya ...................
xpe la
lupakan je la

mungkin ana banyak bersalah
dan dia tidak bersalah
ana minta maaf la
klo setiap perlakuan yang ana lakukan tidak menyenangkan enti

sekian