Powered By Blogger

Followers

Friday, October 21, 2011

EnTrY KhAs

assalamualaikum

SANAH HELWAH kepada abang kesayangan ku iaitu



semoga 'panjang' n 'pendek' umur buat abang.
semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.

Semoga ukhwah antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya.
Uhibbukafillah jiddan jiddan

itu je yang mim mampu untuk meraikan umur abang yang ke-21.

keluarga mu ini sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu 






  
MUHAMAD HAFIZ BIN SHAM

 inilah keluarga-keluarga pertama ku di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Buat Abg Am,
pas ni leh la ea bawak mim p jalan2 keliling dunia. kih3.

seronok apabila bersama dengan penuh keimanan.

IKATAN IMAN
agar tetap kukuh dan kuat.

semua jejaka di atas sudah berpunya.
harap maklum.
sekian.
  

Thursday, October 20, 2011

TunaIkan 10 HaK

Assalamualaikum


"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada..."
-Imam Syafie-


SEPULUH HAK
Imam Syafie memberi wasiat, "Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:

1. Hak diri iaitu mengurnagkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertingga;, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.

3. Hak kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. Hak Munkar Nakir iaitu tidak berduata, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak Ridhwan iaitu reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat kepada maksiat.

9. Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan synah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.

10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia kepada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

PENUTUP 
InsyaAllah kepada pembaca dan juga diri sendiri akan cuba la kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita dengan sebaik yang mungkin. 

Seperti yang lepas-lepas, ana ada memberitahu supaya kita sama-sama untuk berubah ke jalan yang diredhai-Nya. InsyaAllah

  
sekian..... 

Monday, October 17, 2011

EnTrY yG aGaK berBeZa

assalamualaikum.

kih3
kali ini agak berbeza ea entry


1st time makan dunkin donut.
tq 2 my brother.
terima kasih bang. 

he3 

Wednesday, October 12, 2011

....(^^,)

jalanan yang penuh duri
bukan mudah untuk mengajak untuk ke SANA

sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang yang bersabar
sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang yang benar

harap diri ini akan lebih bersabar
harap diri ini dapat menjadi seperti mereka yang sering memikirkan untuk mencapai keredhaanMu


Friday, October 7, 2011

MeMujuk HatI Ini....

assalamualaikum.

 

tangan tiba-tiba menggeletar. badan terasa seram sejuk. bukan sebab nk demam tetapi apabila difikirkan kembali apa yang telah ana lakukan selama ini memang banyak salahnya. niat tidak menghalalkan cara. 

ana mula merindui saat-saat berada dalam biah yang baik. dikelilingi dengan orang-orang hebat dari segi sahsiah agamanya dan juga personalitinya. 
terduduk diam seketika apabila ana mengenang kembali apa yang telah ana lakukan ini merupakan satu benda yang salah. 
yup. memang fitnrah manusia. sering berdoa agar dijauhi tetapi apabila hati kuat berkata-kata dengan permainan itu. maka telah memakan diri sendiri. 

tidak la ana ingin menyalahkan sesiapa untuk perkata ini. cuma ana ingin kembali semula kepada yang asal. agak sukar tetapi tidak mustahil.


surah al-syarh 
"maka sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kemudahan." (94:5 & 6)


jangan la berputus asa untuk menjadikan diri lebih baik. 

pujuk hati untuk sllu dekat dengan-Nya

bermulalah dengan diri ini 
1. solat pada awal waktu
2. tidak meninggalkan novel terhebat sepanjang zaman iaitu al-quran
3. memaafkan kesalahan orang lain dan juga meminta maaf kepada semua semasa dalam doa dan sebelum tido
4. amalkan dengan perlakuan dan hati

tidaklah ana mampu untuk melakukan sesuatu yang besar. tetapi cukuplah ana bermula dengan diri ini untuk menjadikan diri ini lebih sedar akan tanggungjawab yang diberi oleh-Nya. 

hanya untuk memujuk hati. 

Tuesday, October 4, 2011

BeRsAwAnG

assalamualaikum..

sudah lama ana tidak meng'update' blog ni.
dah bersawang dh. klo buleh bercakap rase nye blog ni akan marah ana. hi3

kembali dalam dunia penulisan untuk hati-hati yang sedang resah. resah? mungkin la. sebab banyak perkara yang berlaku membuatkan ana tidak senang duduk. maaf la kepada sesiapa yang membaca nie akan terasa. pernah ana berjanji untuk tidak bermain dengan perasaan sehingga waktunya sampai. tetapi adakah ana telah membuat perasaan itu kuat? ya mungkin ana. tidak boleh nk salahkan sesiapa kerana kesemua yang berlaku akan ader jalan penyelesaian. naqib ana ada berkata bahawa dia tidak menggalakkan untuk mempunyai perasaan kepada muslimah sebelum sampai waktunya. betul apa yang naqib ana cakapkan. kerana waktu ini sangatlah tidak sesuai kerana boleh menjejaskan pelajaran dan juga kerja-kerja ana. dalam penulisan kali ini ana jujur menyatakan ana tidak kisah apa yang dia ingin katakan dan apa yang dia fikirkan. ana just mahu satu perubahan yang berlaku padanya dan kalau berjaya maknanya ana boleh teruskan dengan yang lain. maaf la sekiranya si dia membaca dan akan membuatkan dia tersinggung. 

betula setiap kata-kata itu merupakan ujian pada orang yang mengeluarkannya.

berat untuk mengatakan bahawa perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku. 
niat tidak menghalalkan cara.

pengenalan agak panjang kan.
ok la ini adalah sedikit bahagian yang ana buleh share dengan pembaca mengenai cinta yang diterima Allah s.w.t.

1. Cinta yang memberikan cahaya
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah.
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?”
Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.””
(H.R Abu Daud)
2. Cinta yang menggugurkan dosa
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.”
(H.R Tabrani)
3. Cinta yang memberikan keteduhan
“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)
4. Cinta yang berbalas cinta
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”
(Hadits Qudsi)
5. Karena cinta, dicintai-Nya
“Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutusa malaikat untuk membuntutinya.
Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata, “Kau mau ke mana?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?”
Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT.”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut karena-Nya.”
(H.R Muslim)
6. Tiga cinta yang manis
“Tiga perkara, barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu:
1)      Cinta kepada Allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada selain keduanya,
2)      Cinta kepada seseorang karena Allah, dan
3)      Membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.”
(H.R Bukhari-Muslim)
Allah,
Maafkan hamba
yang seringkali lebih mencintai dunia
dan melupakan wajah-wajah cinta lain
yang abadi
dan tak pernah berakhir duka