Powered By Blogger

Followers

Friday, December 31, 2010

ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahirrahmanirrahim

BERKAWANLAH DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI

benda yang menarik untuk dikupas.....
bagi ana la betul sangat2 ayat di atas
ye la....
klo kita kawan dengan penjual minyak wangi akan tidak kita akan mendapat kewangian daripada si penjual itu kan????
ayat di atas bermaksud 
HENDAKLAH KITA MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN MEREKA YANG DIKATAKAN HEBAT!

HEBAT??????????
dari segi apa pulak hebat 2,,,
hebat boleh diberikan kepada banyak expectation
xkira la hebat dari segi apa pun kan
bagi ana HEBAT itu biarlah dari segi
1. AGAMANYA
2. PENDIDIKANNYA
3. KOMUNIKASINYA
4. TINGKAH LAKUNYA

banyak lagi la
tapi di 'HIGHLIGHT' kan dengan
AGAMANYA dahulu
sebab apa ya???

bagi ana klo dia beragama selain daripada ISLAM
agak sukar untuk kita sebagai umat ISLAM untuk mendekatinya
ye la....
maner la kita tau kan kehebatannya itu bergantung kepada 
SIAPA
BAGAIMANA
dia menjadi hebat....

nak memilih kawan nie sama la juga cara untuk memilih pasangan hidup
orang cakap klo nak tgk diri kita cam ner
tgk la kawannya bagaimana dahulu
klo buruk perilaku kawannya,
MAKA
secara normalnya akan menjadikan diri kita ini sebagai buruk juga

memang rasa seperti ketidak adilan berlaku
tetapi 
kita perlu ingat
untuk berubah xkan la kita nak berkawan dengan orang yang tidak mempunyai hala tuju
kan???????????
maksud yang cuba ana sampaikan disini
bukan menyuruh kita menjadi seorang yang terlalu memilih untuk berkawan
maksudnya
berkawan la dulu dengan mereka2 yang mempunyai ilmu yang tinggi terutama dalam bidang agama sebelum kita berkawan dengan seseorang yang kurang mempunyai didikan supaya diri kita dapat membezakan yang mane baik atau buruk dengan TEGUHNYA

kenapa pula dengan TEGUHNYA????
sebab klo la kita tidak mempunyai pendirian yang teguh akan membuatkan kita menjadi MALANG
MALANG????????
mane xnye malang
dh penat2 kita berkawan dengan die dan ambil ilmu yang telah diberi sekali digoda terus meleleh
kan rugi ilmu yang telah kita belajar 2

tapi ader yang menyatakan klo sume orang nak berkawan dengan yang HEBAT2
cam ner yang kurang hebat 2
ISLAM menyuruh umatnya mencari kawan
bukan kawan mencari kita

adakah guru yang mencari murid atau murid yang mencari guru....??????
ramai yang akan menyalahertikan konsep kawan.....
salah klo cam 2....
yang hebat juga akan mencari yang tidak hebat...
untuk apa ya????
sedangkan mereka sudah pun hebat....
lagi sekali ISLAM menggalakkan umatnya bersama2 menuju kejayaan
seperti seruan azan

MARILAH MENUJU KEJAYAAN

 ana amatlah bersyukur dikelilingi oleh mereka2 yang hebat dimata ana....
terlalu ramai
hebat dari segi agama lagi la ana sayang mereka

terlalu sayangkan mereka membuatkan setiap pertemuan yang ana hadapi menitiskan air mata
air mata kesedihan
kerana ALLAG itu akan memisahkan juga kepada sesiapa yang menemui pertemuan.....
tetapi perpisahan yang DIREDHAI
setiap detik pertemuan akan membuatkan ana berfikir
ape yang akan terjadi apabila ana kehilangan atau berpisah dengan mereka

jadi ana sekarang sedang belajar menghargai mereka yang telah berada disekeliling ana.....

itu sahaja coretan dan rintihan hati
sekian terima kasih


Tuesday, December 28, 2010

...:tq:...

ASSALAMUALAIKUM........

kali ini ana ingin mengucapkan 
JUTAAN TERIMA KASIH

kepada 
rakan ana dari
KMPK (KOLEJ MATRIKULASI PERAK)

kerana telah berikan ana header

BELIAU ada buat dua header untuk ana
satu yang nie

cantik kan?????????

pas 2 dye BELIAU sendiri yang tidak puas aty
bagi ana cantik ja....
very nice

pas 2 BELIAU edit gambaq 2....
masuk yang baru
still yang sama tapi edit cikit

lagi cantik kan????

memang cantik la....
tq sangat kat member ana 2

tq
tinta pena (acap)
ni la dye ana punye member
lawat2 la blog dye

klo korang nak minta dye suh buat, bagi tau jak dye...

tq lagi sekali

ASSALAMUALAIKUM

Saturday, December 25, 2010

..::ReSuLt::..

ASSALAMUALAIKUM....

kegembiraan dalam kesedihan....
itu jak yang dapat ana katakan untuk result ana kali ini........
result untuk sem 1 di UPSI....

terasa teruk bebeno....
xtau la apa nak jadi kat ana...

nak sedih bende dh berlaku...
tapi 2 la kesedihan yang dapat ditutupi dengan kegembiraan.....
mak ana cakap...
"xpe...dh usahakan.....redha la....ok la 2...nak macam mana lagi....xpe...sem depan buat betul2....jangan nangis....abiz 2 nak berhenti belajar ke...''

2 la yang mak ana cakap kat ana.....
xleh nak buat apa...
time cakap ngn mak 2 memang dh nangis dh pn....

nasib bek la ader mak...
klo x memang ana dh hilang arah dh....
maun terjun dari tingkat 4...

sedih nya la tengok result cam 2....
member2 ana kebanyakan lebih dari 3.5.....
betapa segan nya nak berkawan dengan mereka...
kerdil gila rasanya diri ini....

memang ana dh berputus asa dh....
rasa macam malas nak study dh.....

YA ALLAH
YA TUHANKU
KAU BERILAH KU KEKUATAN UNTUK MENEMPUH HARI YANG MENDATANG
SESUNGGUHNYA ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGERTI PERJALANAN HIDUP HAMBA MU INI.......

ASSALAMUALAIKUM.......

KRISMAS??????????????

ASSALAMUALAIKUM.....

kali ini ana ingin bercerita mengenai KRISMAS
alang2 sok kan harinya
bagi mereka yang menyambut la....
bagi kita sebagai UMAT ISLAM......
ada la bede2 yang perlu kita tahu dan kita wajib ambil tahu

kali ini ana malas nak menaip panjang2
ana just letak link nie jer la

bace jer la ea


selamat membaca ya...

ASSALAMUALAIKUM

Friday, December 24, 2010

..::PeRkArA2 YaNg MeMbAtAlKaN WuDuK::...

ASSALAMUALAIKUM......

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ini telah diberi peluang lagi dari-Nya untuk meneruskan perjuangan....
Alhamdulillah juga dapat juga ana menaip untuk meng'update'kan blig ana ini....
Kali ini semua bahasa agak baku ya.....

K la....
sebagaimana tajuk yang telah dipaparkan di skrin lappy atau pun komputer anda,
beigtu la penulisan ana kali ini.....
tapi sebelum itu ana mahu berterima kasih kepada seorang rakan ana iaitu SURIATI.........
yang telah meng'oment' ana punye en3 yang lepas...
dia cakap panjang sangat...
hehehehe.............

syok menulis x sedar......
maap la ye klo panjang sangat......
mesti korang muak nak membace nye kan,.....
xkisah la korang bace ker x....tapi...............
dh selesai satu tanggungjawab untuk memberi info kepada kalian semua......

OK2.....
jom kita beralih kepada sekmen yang seterusnya.....
iaitu 
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK....
biarpun bende ni kita dh belajar time sekolah rendah lagi......
tapi masih yang buat tidak endah mengenainya.....
tidak mengapa.............
itulah gunanya rakan untuk memberitahu apa yang kita tahu.....
SHARING IS CARING......

ANTARANYA :
jeng jeng jeng....hehehehehe
calon-calonnya adalah.............

1. KELUAR SESUATU DARIPADA SALAH SATU DARIPADA DUA ORGAN PEMBUANGAN KOTORAN.....
xkira la yang keluar 2 NAJIS ke.....
AIR KENCING ke...
WADI ke...
MADI ker...
DARAH ker... atau ANGIN.....
sumpah la busuk klo ANGIN 2...hehehe

ALLAH berfirman yanag bermaksud :

''...dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu : Sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah debu itu."
(SURAH al-MA'IDAH 5 : 6)

nak taip dye punya ayat dalam jawi MALAS.....
so bagi makne jer la ea.....BOLEH KAN????

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud :

''Allah tidak menerima solat antara kamu sekiranya berhadas hinggalah dia berwuduk.''
(RIWAYAT al-BUKHAIRI no. 135 dan MUSLIM no. 225)

hahaha......bace 2 sume
ALLAH TIDAK MENERIMA SOLAT YANG TELAH DILAKUKAN APABILA KITA BERHADAS......

SO..............
MAKE SURE THAT WE ARE ALWAYS WITH WUDUK.....
speaking la pulak.....hehehe

2. TIDUR DALAM KEADAAN TIDAJ TETAP KEDUDUKAN PUNGGUNGNYA.
BUT!.....
ada pulak 'but'2kan...hehehe
besela....ISLAM ITU MUDAH....
Allah tidak membebankan umatnya melainkan umat-Nya sendiri yang membebankan dirnya sendiri.....
sambung balik.....
but...........
wuduk tidak batal jika tidur dalam keadaan yang tetap kedudukannya seperti duduk di atas lantas secara tetap.......
faham kan ape maksud ayat di atas......
mean.......
TIDO DALAM KEADAAN DUDUK....

ALI BIN ABU TALIB meriwayatkan sebuah hadis daripada RASULULLAH s.a.w.,
mafhumnya sabda BAGINDA maksudnya......

''Mata ibarat tali yang mengikat lubang dubur. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja yang tertidur maka hendaklah dia berwuduk.''
(RIWAYAT al-DARIMI no.722)
ampun.....ana tidak pun melakukannya klo ana nak tido...
teruk betul la.....
PERBAIKI-PERBAIKI!

tidur................asalnya xpun membatalkan wuduk kita secara mutlak...
tapi ada kemungkinan....
ditegaskan kembali ya...
ADA KEMUNGKINAN 
wuduk kita boleh batal secara tidak sedar iaitu keluar sesuatu
iaitu
ANGIN............

3. MABUK, GILA ATAU TIDAK SEDARKAN DIRI
bende ni leh di'qiyas'kan dengan perkara di atas iaitu TIDUR.....
cam ner nak cakap ea....
ye la,,,x sedarkan dirikan....mana la korang tau time 2 korang buat apa kan....klo cam 2 bukan tidak sedarkan diri nama nya....
2 stok nak kene pelangkung namanya 2....
hehehehehe
sah2 la mabuk 2 memang membatalkan wuduk....
alang2 masuk bab mabuk nie kan.....

Dari Aishah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. 
pernah ditanya tentang sejenis minuman keras yang dibuat dari madu bernama bit'i, beliau berkata;
 ''Setiap minuman yang memabukkan adalah terlarang.'' 
Sahih Bukhari




ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Ertinya:

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".



H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.
Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

takut korang was2kan....

4. MENYENTUH LELAKI/PEREMPUAN
klo laki or perempuan 2 bersentuh tanpa lapik........
BATAL WUDUK!
jangan sesuki jer nak pegang tangan klo x ber'MAHRAM'
klo nak pegang KAWIN....
len la klo x sengajakan
tapi jangan la disengajakan....
iskh2

ALLAH berfirman yang bermaksud :

''...atau kamu telah menyentuh perempuan.''

(SURAH al-NISA' 4 : 43)

xberani la nak kluakan apa2 hujah
sebab ada bnyak pendapat....
pas 2 nak link takut bende 2 xbetul lak...
tapi klo nak bace 
klik la natang nie  

5. MENYENTUH ANGGOTA SULIT
hehehe
memang batal la jawapan nya....klo tanpa lapik la

RASULULLAH s.a.w. bersabda menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ABU HURAIRAH r.a.,
maksudnya :

''Jika salah seorang antara kamu menyentuh alat 

sulitnya dengan tangannya tanpa alas di antara

 kedua-duanya, maka hendaklah dia berwuduk.''

xmo ulas panjang dh...hehehe


ok.....
itu sahaja hasil nukilan ana kali ini....huhuhuhuhu

ASSALAMULAIKUM


Wednesday, December 22, 2010

ASSALAMUALAIKUM


Apabila disebut pendidkan seks ramai akan membayangkan satu bentuk mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah di Barat yang menghuraikan aspek biologi manusia menjurus kepada perlakuan seksual dan hubungan kelamin.
Kita juga menggambarkan betapa liberal sikap guru yang mengajarkan subjek tersebut.

Inilah masyarakat Malaysia yang mempunyai minda 'KELAS PERTAMA'....
PELIK TAPI BENAR!
apabila sebut mengenai PENDIDIKAN SEKS mereka akan membayangkan apalah yang akan diajar oleh guru di sekolah itu....

Implikasinya, mudah kita MENOLAK BULAT-BULAT saranan dan cadangan yang diajukan agar PENDIDIKAN SEKSUALITI diketengahkan sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada kemelut GEJALA SOSIAL kini.
Sebelum menolak, elok kita perincikan terlebih dahulu PERSPEKTIF yang merangkumi PENDIDIKAN SEKSUALITI ini.

Pertamanya kita mengenai makna yang TERSEMBUNYI di sebalik perkataan ini.
PENDIDIKAN SEKSUALITI memegang erti SATU BIDANG PENDIDIKAN yang MENGGABUNGKAN SEKURANG-KURANGNYA 5 DIMENSI.....

Ape 5 DIMENSI 2 eak????????
5 DIMENSI 2 adalah
1. BIOLOGI
2. INTELEKTUAL
3. EMOSIONAL
4. SOSIAL
5. SPIRITUAL
ok dh paham????
PENDIDIKAN SEKS bukan hanya menghuraikan ASPEK BIOLOGI secara DETAIL jer....
banyak lagi aspek yang disentuh......hehehe....
so jangan BERFIKIRAN KOLOT ya.....
terutama kepada IBU BAPA di luar sana......

PENDIDIKAN SEKS ini bukanlah saja2 jer nak di'tubuh'kan di setiap institusi pendidikan di MALAYSIA ini....
tapi tujuannya adalah untuk:
MEMBENTUK MANUSIA AGAR TERHORMAT DAN MULIA, DENGAN PERUBAHAN KHUSUS TINGKAH LAKU SEKSUAL YANG SELAMAT 
IAITU 
TIDAK MEROSAKKAN DIRI SENDIRI,
ORANG LAIN,
DAN
MASYARAKAT......

nak ana ulangi ker tujuan nya?????
kalau kalian tidak mahu...............
BUKA MATA BESAR-BESAR dan
FAHAMKAN TUJUAN serta MAKNANYA!
hehehe....
ter'over' la pulak....

daripada 5 DIMENSI yang telah disebut diatas........
(klo terlepas pandang skrol la sendiri ea kat atas 2 ea)
akan melatih MANUSIA untuk membuat keputusan.
apa orang BARAT cakap eak....
HA!
DECISION-MAKING SKILLS
speaking kot...hehehe
Membuat keputusan yang berkaitan deangan ASPEK SEKSUALITI dapat dilatih aagar menjaddi lebih MANTOP gitu....
Lastly, manusia will CHOOSE tindak-tanduk serta peraturan fitrah yang selaras...
begitulah MATLAMAT UTAMA PENDIDIKAN SEKSUALITI yang dapat diharapkan dan diidam-idamkan....

Adalah kan seorang para perunding terapi seksual, MARY BUXTON...
Dia menghuraikan tentang ciri-ciri belia yang sihat dari sudut seksualnya.....
so belia-belia yang bace nie tengok la...korang sihat ke x ea...hehehe....
1. MENGHARGAI TUBUH BADANNYA.
2. BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SETIAP TINGKAH LAKU.
3. BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN DAN TERHORMAT.
4. MELUAHKAN RASA CINTA DAN KEINTIMAN MELALUI CARA YANG BERSESUAIAN DENGAN USIANYA.
HA!
dh bace?????
and jom kita selidik diri kita sendiri sebelum kita selidik orang lain....

Penyampaian PENDIDIKAN SEKS ni x leh dihuraikan atau disamakan dengan MATA PELAJARAN yang selalu kita belajar kat SEKOLAH dulu2....
xkira la SEKOLAH mane pn....
memang x leh nak samakan cara penyampaiannya 
sama ada subjek
MATEMATIK
FIZIK
BIOLOGI
GEOGRAFI 
mahupun....
SEJARAH......

for create INSAN yang kamil dan sejahtera....
bende ni sebenarnya bermula kat rumah tau....
klo sesebuah keluarga 2 dapat mendidik atau memberi satu tingkah laku or pelajaran yang berkesan.....
gerenti dapat melahirkan seorang INSAN....
sebab 2 la pentingnya keluarga....
klo sesebuah keluarga 2 HANCUS, maka HANCUSLAH isi dalamnya....
even x sumer la.....tapi
disebabkan NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.....

AL-USTAZ DR. ABDULLAH NASIH 'ULWAN dalam bukunya 
TARBIYAH AL-AWLAD FI AL-ISLAM
ataupun dalam BAHASA MELAYUnya
PEDOMAN PENDIDKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
ada mengandungi bab khusus iaitu
TANGGUNGJAWAB PENDIDKAN SEKSUAL
yang merangkumi ADAB MEMINTA IZIN,
ADAB MEMANDANG MAHRAM dan BUKAN MAHRAM
serta
PANDUAN MENGHINDARKAN ANAK-ANAK DARIPADA RANGSANGAN SEKSUAL...
so JOM P CARI!
supaya kita yang muda pn dapat belajar mengenai bende2 nie...
xsalah kan?????

Dalam PENDIDIKAN ISLAM
anak-anak perlu tegas diajarkan mengenai solat seawal waktu....



DITEGASKAN KEMBALI
ANAK-ANAK PERLU TEGAS DIAJARKAN MENGENAI SOLAT SEAWAL WAKTU!
seawal usia
7 TAHUN!
deangan itu mereka akan diajar mengenai 
KAEDAH BERWUDUK 
dan PERKARA2 YANG MEMBATALKAN WUDUK...
dari situ akan mereka mengenal perkataan baru....
new word la bagi mereka....
seperti
HAID...
NIFAS..
AIR MANI...
gerenti mereka nak tau apa makne sume 2 kan
ngan MOTIF bende nie boleh menyebabkan WUDUK batal....
SO.............
ni la peranan ibu bapa memberi tahu apa maknenya dan motif boleh menyebabkan wuduk batal....
maknenya kat sini
nak jadi parent BUKAN SENANG ok!
kite kene kuasai bende2 nie dulu sebelum kita nak bagitau kat anak2 kita nanti....

Dalam Al-Quran, jelas diajarkan keperluan mendidik anak-anak untuk menghormati waktu-waktu tertentu, malah mereka perlu meminta izin sebelum memasuki kamar parent mereka pada 3 waktu 
iaitu
WAKTU SUBUH
WAKTU ZUHUR
dan 
WAKTU SELEPAS SOALT ISYAK
sebabnya.............
waktu2 di atas 2 adalah waktu lazimnya terDEDAH AURAT mereka......
begitulah bagaimana dihuraikan dalam SURAH al-NUR ayat ke 58

terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

begitulah dia....

ingat nie
CIRI-CIRI KEJAYAAN ORANG YANG BERIMAN ADALAH MEMELIHARA KEMALUAN MEREKA.....
sebagaimana disebut dalam SURAH al-MUKMINUN AYAT 5 hingga 7

k lah
setakat itu sahaja kali ini
insyaAllah
ana akan datang dengan artikel atau kisah yang menarik

ASSALAMUALAIKUM




BeRfIkIr SeJeNaK

ASSALAMUALAIKUM.....

dengan limpah kurnia Ilahi dapat ana menulis lagi dalam blog ana yang x seberapa nie....

kali ini cite pasal pe ea...
HA!
ana ingin berceloteh mengenai BERFIKIR

bukan fikir aper pn....
ana berfikir nape la ana buat blog nie
nak cakap ana nie jenis yang reti menulis x la...
tapi sajer gatal2 tangan n jari nak menekan keyboard lappy ana nie....

dalam proses pembelajaran....
BUT!
still x reti lagi nak menarikkan page ana nie ngn cara penulisan ana....

banyak blog yang ana dah teroka
ana tengok menarik kot...
tapi ana still x reti cam ner nak buat....
huhuhuhu

but it ok.....process of learning never end untill we die...

ok
that all

ASSALAMUALAIKUM


Tuesday, December 21, 2010



ASSALAMUALAIKUM....

HA!
dh dengar lagu kat atas 2...
ana minat lagu nie....
lagu nie seronok didengar sebab lirik2 nya membawa erti tau
nak tau bace la lirik nie


All:
Everything will be alright, yeah

Beyoncé:
The heart is stronger
Than you think
It's like it can go
Through anything
And even when you think
It can't it finds a way
To still push on
Though

Carrie Underwood:
Sometimes
You want to run away
Ain't got the patience
For the pain
And if you
Don't believe it
Look into
Your heart
The beat goes on

Rihanna:
I'm tellin' you

Rihanna/Miley Cyrus:
Things get better
Through
Whatever
If you fall
Dust it off
Don't let up

Nicole Scherzinger:
Don't you know
You can go
Be your own miracle

Beyoncé:
You need to know

Chorus (All):
If the mind
Keeps thinking
You've had enough
But the heart
Keeps telling you
Don't give up
Who are we to be
Questioning
Wondering what is what
Don't give up
Through it all
Just stand up

Fergie:
It's like
We all have better days
Problems getting all up
In your face

Leona Lewis:
Just because
You go through it

Fergie:
Don't mean it got
To take control, no

Leona Lewis:
You ain't gotta find
No hiding place

Keyshia Cole:
Because the heart
Can beat the hate

Leona Lewis:
Don't wanna
Let your mind
Keep playin' you

Keyshia Cole:
And sayin' you
Can't go on

Rihanna:
I'm tellin' you

Rihanna/Miley Cyrus:
Things get better
Through whatever
If you fall
Dust if off
Don't let up

Natasha Bedingfield:
Don't you know you
Can go
Be your own
Miracle

Carrie Underwood:
You need to know

(Chorus-All)

Mary J. Blige:
You don't gotta be
A prisoner
In your mind

Ciara:
If you fall
Dust it off

Mary J. Blige:
You can live your life

Rihanna/Carrie Underwood:
Yeah

Mary J. Blige:
Let your heart
Be your guide

Rihanna/Carrie:
Yeah, yeah, yeah

Mariah Carey:
And you will know
That you're good
If you trust in the good

Ashanti:
Everything
Will be alright, yeah
Light up the dark
If you follow your heart

Mary J. Blige:
And it will get better

Mariah Carey:
Through whatever

(Chorus-All) x2

Fergie:
You got it in you
Find it within
You got in now
Find it within now
You got in you
Find it within
You got in now
Find it within now
You got in you
Find it within
Find it within you
Find it within

All:
Through it all
Just stand up

even orang cakap lagu nasyid kan lagi bagus klo dengar
tapi x salah kan klo nak dengar lagu nie yang leh meberikan semangat
asalkan jangan berlebih-lebihan....

2 jer
k jumper lagi

Monday, December 20, 2010

...::GRO,PAKSA HENTI,HUKUM & DR FADZILAH KAMSAH::...

ASSALAMUALAIKUM........

sekarang lotehan ana mengenai GRO

hehehe
tajuk yang agak bahaya kan
meh bace nie

SOALAN
Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan anak luar nikah, untuk meneruskan kerjayanya sehinggalah disediakan alternative dan agar dia bosan dengan tugasannya. Lalu mula mencari kerja lain. Kita juga tidak dibenarkan menghina golongan terbabit. Minta sangat ustaz mengulas kerana kenyataan itu agak mengelirukan. Dan perlukah kita merujuk beliau lagi selepas ini?. Terima kasih


JAWAPAN
Sebelum saya menulis jawapan ini saya sudah pun membaca kenyataan tokoh motivasi tersebut di akhbar yang menyiarkannya. Kenyataan awal beliau pada 11 Disember 2010 dan juga kenyataan balasannya pada 15 Disember 2010.
Secara ringkasnya, saya ada bersetuju dengan beliau dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa fakta dalam kenyataannya. Apapun, ingin saya tegaskan, saya menghormati beliau selaku tokoh besar di dalam Negara, pakar dalam bidang motivasi individu dan rumahtangga, yang telah banyak menyumbang kepada pemulihan diri individu masyarakat melalui pelbagai medium.
Namun begitu, kesilapan dan kekeliruan mungkin sahaja berlaku kepada sesiapa jua. Kesilapan dan kekeliruan ini ada kalanya amat kecil berbanding kebaikan yang telah dilaksana dan diusahakan sejak bertahun lamanya. Oleh itu, JIKA BENAR SEKALIPUN ADA KESILAPAN DALAM ULASANNYA, JANGAN SEKALI dilupakan segala sumbangan beliau.
Pun begitu, disebabkan imej dan tersohornya itu, saya merasa tanggungjawab untuk menjelaskan respon kepada soalan yang diajukan kepada saya, agar tidak berlaku salahfaham di kalangan masyarakat ramai.
SETUJU
Saya bersetuju bahawa mesti ada pihak berwajib mengambil tanggungjawab untuk menyediakan alternatif bagi wanita seperti ini.
Saya juga bersetuju kita TIDAK BOLEH terus menghina petugas seperti itu seolah mereka tiada lagi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Khususnya penghinaan tanpa usul periksa , kerana bagi saya, mungkin ada yang terjebak kerana terperangkap dalam sindiket pelacuran dan GRO. Mereka menjadi mangsa dan bukan sengaja menurut kehendak dirinya.
TIDAK SETUJU
Namun saya tidak bersetuju untuk tidak mengutuk pekerja-pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit. Kutukan dan kecaman perlu dibuat terhadap KERJAYA kotor itu dan bukannya tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan oleh satu pihak agar kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.
Dalam masa yang sama, ada pula pihak pendakwah lain yang mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun untuk menyalahkan teknik kutukan secara umum adalah kurang tepat dari sudut ilmu dakwah.
Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau yang menyatakan:
“Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah”
Dalam hal ini, saya andaikan kemungkinan kenyataan beliau lahir dari kekeliruan tugasan motivator yang sentiasa inginkan clientnya bersikap positif, namun tugas pendakwah pula, perlu memaklumkan kepada ‘client’dengan jelas kesalahan sebagai kesalahan hukum yang mesti dihentikan serta merta.
Justeru, di sini saya ingin tegaskan hukum kerjaya GRO adalah tetap haram, Alhamdulillah hal ini juga diakui oleh motivator terbabit dalam kenyataan yang disiarkan di dalam harian metro bertarikh 15 Disember 2010.
APA ITU GRO DAN BIDANG KERJANYA?
Kita sedar teknik dakwah adalah satu hal yang perlu diambil perhatian, kerjaya GRO atau Guest Relation Officer (GRO) mempunyai banyak takrifan dan bidang tugasan. Setelah melakukan beberapa semakan, kedapatan ada GRO yang mempunyai tugasan tertulis yang neutral dan benar-benar bersifat pentadbiran, Namun begitu, tugasan yang tidak tertulis itulah yang merumitkan, dimana ia kerap melewati tugasan tertulis kepada tugasan lain yang tidak sihat sama sekali. Iaitu melayan kehendak pelnaggan walau hingga di dalam bilik. Tema utama tugasan adalah ‘melayan pelanggan sehingga target bisnes tercapai’.
Susasana di Malaysia perlu dirujuk sebelum komentar lanjut dikongsikan. Jika dilihat dari laporan-laporan akhbar yang boleh membentuk perspesi rakyat dan majority, kerjaya GRO digambarkan dan digunakan secara kerap kepada ‘kerjaya pelacur’ , sebagai contoh lihat sahaja petikan akhbar-akhbar ini dan ini. Tangkapan pelayan-pelayan ini ditanggap oleh awam sebagai ‘pelacur’ dan GRO adalah gelaran lembutnya.
Selain itu, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau ( jika tiada salah catatan pihak wartawan) berikut :-
a. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.”
Ulasan saya : Suzie TIDAK BOLEH meneruskannya, tidak reda dalam pelakuan maksiat yang direlai tanpa paksaan ke atas nyawa dan harta adalah tidak diterima di dalam Islam.
Malah tidak reda itu menghancurkan objektif (maqasid al-shariah) yang lebih tinggi iaitu kerana kerjaya itu bakal menghancur agama si pelaku, menyebabkan maruah dan kehormatannya hilang, menyebabkan tali keturunannya rosak, dan hartanya tidak diberkati.
b. “Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.”
Ulasan saya : Ada perkara yang dibenarkan untuk berubah sedikit demi sedikit, selaras dengan ilmu. Namun kerjaya seperti ini tidak boleh digolongkan dalam perkara yang dibenarkan untuk beransur kerana pilihan lain adalah banyak, Cuma mungkin kurang pendapatan berbanding yang di hadapannya. Justeru, jangan silapfahami konsep tadarruj (beransur) yang diajar oleh Islam dan salah aplikasi.
c. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.”
Ulasan  saya : Jangan sewenangnya menggelar keadaan itu dharurat. Perlu diingat kaedah fiqhi yang menyebut, apa yang diharuskan kerana “dharurat mesti diikat dengan limitasinya”. Sejauh mana limitasi telah dipantau dan dipatuhi.? Dharurat juga perlu menilai timbangan kerosakan dan kebaikan yang terhasil, jika kerosakan lebih banyak, ia adalah maslahat yang tertolak.
TAMBAHAN FAKTA YANG MESTI DIFAHAMI
Hasil dari itu, saya ingin menegaskan secara umum bahawa :-
1.                   Yang haram mesti disebut haram dan seorang pendakwah mesti memaklumkan gesaan berhenti serta merta dan bukan memberi masa. Khususnya apabila kenyataan di buat secara awam di media massa yang boleh mengelirukan pembaca yang kurang ilmu agamanya.
Imam Al-Ghazzali mendefinisikan taubat sebagai :
ترك المعاصي في الحال، والعزم على تركها في الاستقبال، وتدارك ما سبق من التقصير في سابق الأحوال 
Ertinya : Meninggalkan maksiat dengan serta merta, dan berazam kukuh untuk meninggalkannya di masa hadapan, dan berusaha menebus dosa-dosa yang lalu. ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/5)

2.                   Kerjaya haram GRO juga boleh mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupannya itu hanya menjauhkannya dari kesedaran dan bukan memberi harapan dan ruang untuk dia meneruskannya. Justeru tidak timbul cadangan ‘biarkan sehingga dia merasa bosan dan sedar’, atau memberinya masa untuk terus bergelumang dengan dosa.
Nabi s.a.w bersabda :
إن المؤمن إذا أذنب ذنباً كانت نكتة سوداءُ في قلبه ، فإذا تاب ، ونزع ، واستغفر صقل قلبه منها ، وإذا زاد زادت حتى يغلف قلبه ، فذلك الران الذي ذكره الله في كتابه ( كلابل وان على قلوبهم ما كانوا يكسبون ) المطففين 14
Ertinya : Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, maka wujudlah satu titik hitam di hatinya, maka apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam KitabNya  ( Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim; Hasan menurut Tirmidzi, Sohih menurut Ib Hibban; Al-Hakim menilai sohih dan dipersetujui Az-Zahabi atas syarat Muslim )
3.                   Nabi mengajar umatnya agar jangan bertangguh dalam mengerjakan hal yang baik, khususnya taubat. Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru suzie untuk segera bertaubat dan bukan memberinya masa seolah kerjayanya itu boleh diterima dengan hujjah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.
Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihenti serta merta tanpa tangguh. Sebagai pemberi motivasi dan pendakwah, kita tidak boleh sama sekali kita berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan RasulNya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat.
Allah swt berfirman :-
إنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Ertinya : Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( An-Nisa : 17)

Imam Al-Ghazzali berkata :-
أما وجوبها على الفور فلا يُسْتًرَابُ فيه ؛ إذ معرفة كون المعاصي مهلكاتٍ من نفس الإيمان
Ertinya :   Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa sebarang keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang  ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/7)
Imam Ibn Qayyim pula mengulas:
المبادرة إلى التوبة من الذنب فرض على الفور ، ولا يجوز تأخيرها ، فمتى أخرها عصى بالتأخير فإذا تاب من الذنب بقي عليه توبة أخرى
Ertinya : Bersegera bertaubat dari dosa adalah fardhu yang mesti dikerjakan dengan SEGERA, dan TIDAK HARUS dilewatkan, barangsiapa melewatkannya dia telah melakukan satu lagi kedurhakaankerana itu, jika kemudian dia bertaubat dari dosa itu, dia perlu tuabat pula kerana dosa melewatkan taubat awal tadi. (Madarij al-Salikin, 1/283 )
Namun, jika setelah kita memberi nasihat, lalu pelaku maksiat dengan sendirinya ingin mengambil masa sebelum berubah, itu adalah isu lain, namun KITA TIDAK BOLEH memperuntukan tempoh tangguh tersebut.
4.                   Tiada diterima alasan bahawa dia tidak mampu membuat kerja lain atau kita belum menyediakan tugasan alternative untuknya.
Pertama: kerana selaku manusia yang sihat, dia sepatutnya bijak DAN BERTANGGUNGJAWAB PENUH menggunakan seluruh anggotanya yang cukup untuk belajar sesuatu yang berfaedah dan menggunakan skill tersebut untuk memperolehi pendapatan halal, bukan menjual tubuhnya untuk nafsu serakah manusia.
Kedua ; kewujudan tugasan alternatif bukan syarat untuk berhenti dari melakukan dosa terbabit, kerana alternatif sebenarnya WAJIB DIFIKIRKAN OLEH SI PELAKU itu sendiri jika dia masih beragama Islam. Tanggungjawab menyediakan alternatif seterusnya jatuh pada ketua agama di sesebuah Negara. Pada hukum asalnya, itu bukan dibebani oleh pendakwah dan pemberi nasihat. Ketiadaannya jangan sekali menyekat pendakwah dari memberi nasihat dan teguran tepat walau pedas dan berbisa. Lihat sahaja Nabi Musa dan Harun menegur Firaun dengan terang dan jelas. Cuma nadanya sahaja yang lembut dan tenang serta petah, iaitu bukan dengan maki hamun.
Imam Al-Ghazzali menyifatkan orang yang melakukan dosa TANPA TAUBAT dan BERHENTI tapi INGIN rahmat Allah dan DIMUDAHKAN kepada pendapatan, kehidupan yang bersih dan halal adalah seperti :
وهو كمن ينفق جميع أمواله، ويترك نفسه وعياله فقراء، منتظراً من فضل الله تعالى أن يرزقه العثور على كنز في أرض خربة 
Ertinya : Orang sedemikian adalah seperti seorang yang membelanjakan semua hartanya, dan meninggalkan diri dan keluarganya dalam keadaan faqir, namun sentiasa menunggu kurniaan dari Allah untuk memberinya rezeki, menemui harta yang tersimpan di dataran yang kontang” ( Ihya Ulumiddin, 4/58)
Beliau mengulas lagi selepas itu dengan berkata , penantian itu memang boleh dilakukan tetapi ia adalah suatu tahap kebodohan dan kejahilan yang tinggi ( Ihya Ulumiddin, 4/58)
KESIMPULAN
Ingatlah, jika sekiranya si pekerja GRO terus dalam pekerjaan kotornya atau mana-mana petugas dalam industri haram dan kelihatan mampu menyara hidup dengan baik hasil duit kotor itu, malah kelihatan lebih mewah dan ‘berjaya ‘dari  mereka yang berpendapatan halal, ia secocok dengan kata Nabi s.a.w :-
إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب فإنما هو استدراج ثم تلا: (فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبواب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة فإذا هم مبلسون)
Ertinya : Apabila kamu lihat Allah memberi limphaan kurnia di dunia kepada hamabnya sedang segala maksiat disukainya (dan diperbuat), ketahuilah sesungguhnya itu istidraj iaitu kurniaan kepada penjahat untuk menghumbannya terus ke neraka tanpa peluang kembali ke pangkal jalan, kemudian Nabi membaca firman Allah : “ Dan tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami sengaja memberi kurniaan dunia dari pintu yang pelbagai, sehingga apabila mereka bergembira dengan yang diperolehi, kami akan RAMPAS DARINYA SECARA TIBA-TIBA, ketika itulah mereka berputus asa. Al-An’Am ayat 44. (Riwayat Ahmad & At-Tabrani : perawinya thiqat )
Oleh itu, kita dibenarkan paksa dia berhenti dari GRO melalui nasihat, dan jangan membuka jalan dan gambaran ada ruang keharusan untuk dia terus bekerja di situ.
Namun hulurkan bantuan dan kasih sayang memang diperlukan, antara tanda kasih sayang itu adalah dengan menasihatkannya agar terus berhenti dan pihak berwajib perlu menyediakan alternatif dengan segera.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


begitu la kisah nye
jadi
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL