Powered By Blogger

Followers

Tuesday, July 26, 2011


Dimulakan dengan lafaz Assalamualaikum

Tepat jam 12.00 tengah malam bersamaan 26 Julai 2011
Usrah yang telah lama ditinggalkan telah berjaya dilakukan bersama-sama semula
Usah dikatakan perasaan ini

Gembira tidak terhingga 
Kerana
Telah lama ditinggalkan perkara yang baik ini
Hati mula ter'isi'

Dimulakan Umul Kitan dan diikuti dengan bacaan surah Al-Mulk
Hati berasa seronok dapat membuat aktiviti ini beramai-ramai
Selalunya berseorangan, tetapi semalam berkesempatan untuk melakukan bersama keluargaku yang tersayang
Sukar untuk digambarkan

Pengisian yang ditambah dengan ucapan ribuan terima kasih daripada adik yang paling bongsu dalam keluarga itu...
Ucapan terima kasih yang tidak dapat digambarkan bagaimana gembiranya hati sehinggakan sebak di dada ingin membuatkan menitiskan airmata kegembiraan...

BERSABAR merupakan tajuk utama dalam topik perbualan kami

Untuk Abg Long saya Muhamad Husairi bin Hanafi
Allah ada berfirman dalam surah al-Anfaal ayat 46
"Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya ALLAH itu bersama dengan orang yang sabar."

Dan Allah berfirman lagi dalam surah Ali Imran ayat 146
"Dan Allah mencintai orang-ornag yang sabar."

Mim tahu abg kuat
Sejak dari mula paperwork bermula dugaan itu datang sedikit demi sedikit...
Tidak Allah menguji hambanya itu mengikut kemampuan hambanya itu...Sesungguhnya ALLAH mengetahui bahawa abg mampu untuk menempuh semua ini...

Kata abg Muhammad Abu Handhalah bin Kamil, yang merupakan orang yang kami sayangi...hehe
"Biasa la tu...Bende baik untuk dilakukan mesti banyak dugaannya...Bergantung kepada kita untuk menerima sebagai dugaan ataupun sebagai satu bebanan untuk kita..."

Mim hanya mampu untuk memberi semangat je kat abg,
Sebab kalau Mim yang lalui benda ni mungkin tidak akann jadilah program itu
Mim tahu tahap kemampuan Mim tidak sehebat abg
Jadi teguhlah berdiri kerana abg masih ada keluarga yang mampu untuk menolong dan memberi support kat abg untuk teruskan program-program seperti ini untuk manfaat semua...

Usai sudah untuk abg long ana....kih3

Untuk abg Mohd Kamal bin Rahmat
Hamba pertama yang telah membuka ruang untuk ana meneruskan aktiviti usrah ini...
Mungkin jikalau ana tidak bertemu dengannya ana tidak akan berjumpa dengan orang2 yang hebat seperti abg abu, abg husairi, abg ilham dan juga abg hafiz....
Dan abg juga merupakan sorang yang hebat bagi Mim...

Untuk abg,
Mim tak tahu la kalau2 abg mempunyai masalah dan mungkin Mim tidak akan tahu masalah abg, sebab Mim tidak berkesempatan untuk bertanya sama ada abg ader masalah atau tidak...
Tetapi apa2 pun bang sabar la bang ea...
Kerana
"Kesabaran itu merupakan 'Dhiya' (cahaya yang amat terang)." HR Muslim
Mim tahu abg mampu seperti mana mampunya abg Husairi melalui dugaannya..
Tidak ada apa yang boleh dikatakan,melainkan Mim rindu waktu2 dulu...
Mungkin tidak dapat untuk berulang seperti itu,disebabkan buzy dengan work masing2...
so PEACE...


Utk abg Mohd Ilham bin Ahmad,
Sepertimana yang Mim tahu abg pn ada masalah dan Mim tidak la mampu untuk menjadi pendengar yang terbaik dan juga penyelesaian yang terbaik...
Jadinya,
Gunakanlah apa yang abg ada sekarang untuk menyelesaikan dan mengurangkan masalah dan juga tekanan yang abg alami selama kita bekerja...

Utk abg Hafiz bin Sham @ abah
Abah memang steady...Happy go lucky...Tak tau la nk cakap pasal apa yang berkaitan dengan sabar kat abah ni..
Mungkin Mim sorang la tak perasan...
Tapi abah KEEP IT UP....
Bak kata Naib Yang Dipertua la...kih3
Pinjam tagline kejap ea...

Ending here about my family...

Dan entry mengenai SABAR telah pun ana postkan dan buleh la KLIK kat sini


Semoga bermanfaat apa yang telah ana berikan
hehe

Sekian
2-1-5 (1)
5:36 petang
26 Julai 2011
Kolej Harun Aminurasshid
UPSI

4 comments: