Powered By Blogger

Followers

Wednesday, March 30, 2011

Assalamualaikum....

Taalim wa taalum bermaksud belajar untuk mengajar.
Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah.
Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.

ADAB TAALIM

Sepertimana yang kita tahu, Islam itu indah.
Setiap yang kita lakukan mesti mempunyai adab, tidak kita la dari pergualan sehingga ke solat...
Sungguh indah ISLAM itu

Maka untuk bertaalim juga mempunyai adabnya sendiri :
1. Berwuduk

2. Sembahyang sunat 2 rakaat sebelum majlis dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita akan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan meyampaikan.

3. Pakain yang bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian.

5. Pandang mulut orang yang mambaca taalim. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai kata-kata Nabi Muhammad yang datang daripada mulut beliau sendiri.

6. Apabila kita membaca taalim, ulang hadis yang kita baca hingga 3 kali supaya mudah dihayati oleh jemaah.

7. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Semasa para sahabat duduk dalam majlis taalim yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad , mereka tumpukan sepenuh perhatian sehingga tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepada mereka. 
Apabila kita menunaikan hak mendengar, Allah memudahkan tiga perkara iaitu :
a. Allah memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
b. Allah mudahkan kita memahami apa yang kita dengar.
c. Allah mudahkan kita bercakap tentang ilmu tadi apabila diperlukan.

8. Anggaplah hadis ataupun Quran yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendegarnya.

9. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak mencelah antara kita dan Allah satukan hati dan wujudkan sifat kasih sayang antara kita. Semasa para sahabat duduk dalam majlis taalim yang dikendalaikan oleh Nabi Muhammad, mereka duduk rapat-rapat sehingga daun  yang gugur daripada pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

10. Sebaik-baiknya, duduk dalam posisi tahiyat awal. Kalau boleh, lutut bertemu dengan lutut si pembaca taalim. Kalau penat dalam keadaan tahiyat awal, bolehlah duduk bersila. Cara duduk begini yang ditunjukkan oleh Jibril semasa dia datang kepada Nabi Muhammad dan mengajukan beberapa soalan kepada beliau dengan disaksikan oleh para sahabat.

11. Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah

12. Apabila disebut nama Nabi Muhammad, hendaklah kita berselawat ke atas beliau. Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat apabila nama nabi disebut.

13. Apabila disebut nama para sahabat atau sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu atau Anha.

14. Apabila disebut nama orang-orang alim seperti tabiin, imam-imam besar dan sebagainya, kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

15. Apabila disebut nama musuh-musuh Allah seperti iblis, Firaun, Abu Lahab, dan sebagainya, kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

16. Rasa gembira apabila disebut tentang syurga dan takut apabila disebut tentang neraka. Kalau tidak boleh, cuba paksa.

17. Jangan menggangu perjalanan majlis seperti berbual-bual ataupun bersalam-salam apabila datang lewat.

18. Menghadiri majlis taalim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis taalim sedang berlangsung, kita digalakkan duduk dalam majlis taalim itu.

19. Taazeem bil qalbi iaitu memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati.

20. Tashiq wa yaqin iaitu membenarkan dan meyakini iaitu percaya akan segala yang didengari.

21. Tabligh wa amal iaitu mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya...

Jadi.............
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah...

Apa gunanya kita menanam pokok rambutan atau pokok buah-buahan yang lain sekiranya tidak mendatangkan hasil kepada kita...
Begitu juga dengan ilmu, apa gunanya kita berilmu tapi tidak mengamalkan dan menyampaikannya...

Jadi untuk diri ana dan yang membaca selamat beramal

Assalamualaikum...

..SaJe JeR...

Assalamualaikum...

agak lama ana x update ana punye blog nie kan...
sebab dh x der idea nak tulis ape...

tapi sekarnag kembali menaip la kot...tapi x la selalu...klo2 ader bende nak taip je ana akan taip...kih3

ana telah melepasi satu perkara yang agak sukar dalam hidup ana agaknye la...kih3
sanggup ana ber'gaduh' ngn mak ana untuk memilih yg mana perlu ana pergi..
terukkan...kah3
xder bla kot..pasal 2 pn nak bergaduh...

padahal leh buat sendiri keputusan 2...
yela takut kan klo ape2 terjadi kang disalahkan pula...
last2 tnye la parent,...
kih3

alang 2 ana telah pilih dua2 sekali...
hambik ko..senang sikit cite...

JMK dengan BOLA TAMPAR sekali gus ana pilih

tapi ana takut gak kat ader abg kesayangan ana sorang nie...
marah ana pilih dua2
t kang susah...
kih3
tapi atas kedegilan ana...hambik la dua2...pas 2 pening pale ana jugak yang pening
kih3

2 je la kot untuk malam buta yg sejuk diiringi ngn dengkuran abg kesayangan ku ini...
kah3

k...
wassalam...