assalamualaikum.
tangan tiba-tiba menggeletar. badan terasa seram sejuk. bukan sebab nk demam tetapi apabila difikirkan kembali apa yang telah ana lakukan selama ini memang banyak salahnya. niat tidak menghalalkan cara.
ana mula merindui saat-saat berada dalam biah yang baik. dikelilingi dengan orang-orang hebat dari segi sahsiah agamanya dan juga personalitinya.
terduduk diam seketika apabila ana mengenang kembali apa yang telah ana lakukan ini merupakan satu benda yang salah.
yup. memang fitnrah manusia. sering berdoa agar dijauhi tetapi apabila hati kuat berkata-kata dengan permainan itu. maka telah memakan diri sendiri.
tidak la ana ingin menyalahkan sesiapa untuk perkata ini. cuma ana ingin kembali semula kepada yang asal. agak sukar tetapi tidak mustahil.
surah al-syarh
"maka sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kemudahan." (94:5 & 6)
jangan la berputus asa untuk menjadikan diri lebih baik.
pujuk hati untuk sllu dekat dengan-Nya
bermulalah dengan diri ini
1. solat pada awal waktu
2. tidak meninggalkan novel terhebat sepanjang zaman iaitu al-quran
3. memaafkan kesalahan orang lain dan juga meminta maaf kepada semua semasa dalam doa dan sebelum tido
4. amalkan dengan perlakuan dan hati
tidaklah ana mampu untuk melakukan sesuatu yang besar. tetapi cukuplah ana bermula dengan diri ini untuk menjadikan diri ini lebih sedar akan tanggungjawab yang diberi oleh-Nya.
hanya untuk memujuk hati.
La Tahzan Innallaha Ma'ana
ReplyDeleteterima kasih kak wana
ReplyDeleteshamim.. tugas kamu sekarang mewujudkan biah itu kembali..
ReplyDelete^_^
insyaAllah kak hala.
ReplyDelete