assalamualaikum...
sedikit ulasan mengenai Khutbah Solat Jumaat..
jihad terbahagi kepada :
1. jihad melawan hawa nafsu
dimana pada bulan Ramadhan ini membentuk diri kita untuk mengawal hawa nafsu kita dari membelenggu diri kita sendiri.
kerana sudah 11 bulan hawa nafsu kita telah dilatih oleh Syaitan dan hawa nafsu kita merupakan kawan baik yang tidak boleh dipisahkan.
hanya satu bulan inilah merupakan bulan dimana untuk kita menundukkan hawa nafsu kita mengikut kemahuan iman kita.
2. jihad lidah
menjadikan lidah kita sebagai satu medium untuk memberikan sepotong ayat yang dapat memberikan perubahan kepada seseorang kepada yang baik kepada lebih baik.
lidah ini juga boleh menjadikan kita sebagai orang yang lebih bersabar, kerana tidak semua orang dapat menerima apa yang mahu kita sampaikan.
lebih baik pada waktu bulan Ramadhan ini, especially pada waktu pagi ini kita lebih berdiam diri untuk lebih beristigfar kepada Allah, membanyakkan lidah kita berzikir kepada Allah dan selepas waktu berbuka berbuallah sebanyak mana anda mahu tetapi ingatlah janganlah menceritakan perkara-perkara lagho. =)
3. jihad peperangan
agak mustahil lah untuk kita untuk keluar berperang. tapi jangan lah kita mengundurkan diri sekiranya kita berada di dalam peperangan, kerana adalah merupakan antara dosa-dosa besar.
itu sahaja yang ana ingin menulis untuk kali ini
sebenarnya ana tidak mempunyai idea untuk menulis...hehe....=)
wassalam
xde idea ape..tu ayat pnjg lebar..hehe..nk share :)
ReplyDeleteleh jer
ReplyDeleteni buat time meeting malam tadi nie
bosan dengar ko nyer aktiviti
jahat x aku