perjumpaan bersama Rakan Exco untuk kali yang kedua sangat memberi pengajaran kepada ana
tepat jam 11.00 malam
bertempat di bilik gapura
satu sesi telah dilakukan untuk mendapatkan feedback daripada mereka mengenai kami
iaitu ana sendiri dan juga partner ana, mariah ulfah bte mohd tamrinan
dapat disimpulkan
bahawasanya
sangat susah untuk menjaga hati seseorang dengan kedudukan yang ada
perlakuan yang rasanya sebelum ini ana sendiri rasa mesra dengan ank buah sendiri dikatakan kurang
ana tidak tau nk buat cam ne lagi
sebab ada kalanya tegas dan bermuka bengis itu perlu untuk tidak dipijak sendiri oleh anak buah
banyak lagi kekurangan yang ada pada diri ana sendiri
banyak peluang yang telah diberi oleh mereka
hanyalah untuk memuaskan hati mereka
Ya Allah
dugaan sebegini memang mengajar ku erti sebenar menjadi seorang pemimpin
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim
daripada hadith di atas telah menunjukkan betapa beratnya tugas seorang pemimpin dengan tanggungjawab dan juga amanah yang telah dipikulnya
itu baru mengenai Rakan Exco
tidak lagi dengan portfolio yg ana
sesungguhnya amat berat untuk menjadikan pimpinan itu sebagai satu medium dakwah dalam biro ana ini
sesungguhnya ana tidak mampu
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dan adzab Neraka. fitnah dan adzab kubur, keburukan fitnah kekayaan dan keburukan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan fitnah Dajjal. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan salju dan air ea, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana Engkau menyucikan pakaian putih dari kekotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan perbuatan dosa dan hutang.
amin ya robbal alamin
menjadi seorng pemimpin harus tabah..jgn ernah mengeluh dengan setiap yg diberikan..ambik iktibar dripada apa yg kamu ktekan..incya-Allah pasti ad hikmahnya.. always smile..
ReplyDeletemim... berlapang dada lah kamu..
ReplyDeleteakak merasai apa yg mim rasa...
bila fikir2 balik biarlah...
andai betul terimalah..
andai salah maafkan dia kerana dia tidak mngetahui..dan myb dia pandang dr satu sisi..
apa2 pun manusia ini lemah lg hina..
semua kekurang pasti ada utk insan bergelar manusia..
lapangkan dada.. pohonlah pdNya..
luahkan juga kpd mereka agar mereka tahu ^_^
terima kasih kak hala...
ReplyDeletebaru saya tau macam mana sesetengah orang merasainya kak...
dalam proses untuk berterima kasih kepada mereka
ayie : yup...memang kene tabah jadi seorang pemimpin...keluhan yg tidak tau apa yg terbaek buleh buat utk mereka...