Apabila berjauhan akan teringat-ingat
Apabila berada di depan mata tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan rindu
Itulah terjadi kepada diri yang sedang merindui seorang sahabat
Bukan itu saja
Ynag berada di depan mata juga merasakan rindu semakin menebal
Tetapi bagaimana untuk meluahkan perasaan itu
Tidak dapat dirungkaikan bagaimana tebalnya perasaan ini
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.” (al-Bukhari) |
Bagaimana rapatnya Abu Bakar bin Abu Quhafah dengan Baginda sehinggakan beliau dipilih oleh Baginda Abu Bakar daripada segala manusia,,, Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama.. Tidak ana menyatakan ana hanya menyayangi mereka sahaja tapi ingin ana menjadikan Abu Bakar sebagai pedoman yang boleh membuatkan ana senang didampingi dan disayangi oleh orang lain juga... Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” Riwayat Al-Tabrani Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat ini kerana telah menjadi sahabat yang terbaik untuk ana... Kerana bersama dengan mereka membuatkan ana lebih teringat kepada Maha Pencipta Sayangnya itulah yang ana katakan ana tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan rasa sayang dan rindu ana kepada mereka walaupun mereka berada di depan mata Mungkin perkara lalu membuatkan ana segan untuk berdepan dengan mereka... Tetapi jauh di sudut hati ana menyatakan ana sayang sangat mereka kerana Allah dan ana harap tidak ada yang dapat merenggangkan kami... Terima kasih kepada abg Abu, abg Kamal, abg Am, abg Long @ Husairi dan juga abg Hafiz @ abah... Sayang abang kerana Allah... |
No comments:
Post a Comment