Powered By Blogger

Followers

Saturday, September 3, 2011

Blur dalam Penulisan


Sering terjadi kepada diri ana apabila ana ingin meng”update” blog ana. Dalam penulisan untuk menyebarkan dakwah-dakwah Islam memang akan membuatkan ana blur untuk melakar sedikit coretan dalam blog ana ini.

Blur sebab ape??

Ana sendiri la kena cari jawapannya sendiri. Nah! Senang je apabila kurang membaca kuranglah idea yang bernas-bernas untuk dicontengkan. Inilah akibatnya apabila kurang membaca dan keinginan untuk menulis blog dalam penyebaran sedikit ilmu mengenai Islam memang susah. Kena banyak buat research tidak boleh main taram jer. Sebab tak pepasal ana yang kena taram nanti. Hehe.

Apa-apa pun ana tetap akan menulis selagi ada walaupun sedikit idea yang terlintas akan cuba ana share dengan pembaca yang lain.

                ‘’Sampaikanlah daripada walau sepotong ayat’’ ( al-Hadis)

Ana sahut sabda Rasulullah S.A.W itu. Bukan untuk menunjukkan ana ini seorang pendakwah tapi ana menyahut seruan Rasulullah S.A.W. Bukan untuk meninggi-ninggikan diri tetapi adalah untuk membuatkan diri ana dan juga pembaca-pembaca mendapat manfaat daripada pembacaan mereka walaupun tidak sebesar mana penulisan ana ini.

Ana ada terbaca dalam satu buku iaitu Langit Ilahi : Fanzuru, Hilal Asyraf ada menceritakan mengenai berubah sambil mengajak orang lain. Bagi ana sendiri sekiranya kita terlalu memikirkan seperti ini :

                ’’Aku ni bukan la alim sangat nak ajak-ajak orang beramal ngan nak ajak ornag berubah’’

Tidak pun macam ini

                ‘’Kang klo aku ajak orang berubah nantikan orang kutuk aku sebab aku ni bukan baik pun’’

Sedikit peniruan dalam gaya penulisan Hilal Asyraf. Kih kih kih.

Bagi ana sendiri la, sampai bila kita nak tunggu kita berubah baru nak ajak orang lain berubah. Alangkah manisnya klo kita sama-sama berubah untuk menuju satu matlamat yang sama iaitu menuju untuk mendapatkan keredaan-Nya bersama-sama. Adakah itu lebih manis dan lebih menampakkan Islam itu indah.

Tidak salah kita mengajak untuk orang lain berubah bersama-sama dengan kita sebab dalam kehidupan ini merupakan proses pembelajaran yang membuatkan kita mengenal diri sendiri terhadap Pencipta kita.

Firman Allah dalam surah Al-An’am

‘’Sesiapa yang membawa amal yang baik (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya..”

Alangkah beruntung sekiranya kita bersama-sama untuk menerimanya daripada Yang Maha Pemurah. Dalam masa yang sama akan membuatkan umat Islam yang lain lebih teguh imannya dan juga lebih teguh ikatannya dengan Allah s.w.t.

Sanggupkah kita melihat sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita merana disebabkan ketidakmahuan kita untuk mengajak mereka ke arah yang betul semata-mata untuk menunggu kita sempurna dari pelbagai segi??

Ingatlah bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini dan tidak akan jadi sempurna kita 
walaubagaimana pun kita cuba.

Harap penulisan kali ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua termasuklah ana sendiri

Sekian…..

No comments:

Post a Comment