manusia yang sering melakukan kesilapan
manusia yang sering melanggar perintah-Nya
adakah ini bermakna aku ini tidak berguna?
selalukah aku melakukan Qiamullail
untuk memperbaiki kehidupan siang ku?
betulkah cara hidupku sebelum ini?
adakah aku berlandaskan Al-Quran?
sefaham mana aku apabila aku melafazkan khalimah suci Allah
berapa banyak aku telah hafal?
berapa banyak hadith yang aku hafal membantu dalam kehidupanku?
setiap kali perbuatanku adakah berlandaskan agamaku?
kerdil sungguh diri ini
cemburu rasa hati bila melihat kawan-kawanku
mendapat hidayahnya lebih awal dariku
cemburu ku melihat kawanku
sentiasa menjaga adab
sentiasa dalam berhati-hati
supaya tidak tersasar dari jalan-Nya
mampukah aku menjadai seorang "manusia"
adakah angan-angan aku akan menjadi
aku hanya manusia yang merancang
tetapi jikalau tiada usaha
memang tidak akan berjaya
tidak akan berjaya aku kalau aku tidak mahu mengubah nasib diriku sendiri
selalukah isgthfar bermain difikiranku?
selalukah mulut ini menyebut nama-Mu?
selalukah fikiran ini hanya memikirkan tentang agama-Mu?
adakah aku cukup segalanya untuk menerima hidayahMu
sudah cukupkah apa yang telah ku lalui sebelum ini?
sudah cukupkah ilmu-ilmu yang aku miliki?
No comments:
Post a Comment