Powered By Blogger

Followers

Wednesday, January 5, 2011

..SeDeKaH..

ASSALAMUALAIKUM....


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Pemberian adalah merangkumi dalam aspek hadiah dan juga sedekah.
Jika pemberian itu dimaksudkan dengan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kita dengan ALLAH s.a.w. maka pemebrian itu akan menjadi sedekah,
manakala jika pemberian yang dilakukan hanyalah untuk mendapatkan balasan atau sanjungan mahupun kasih sayang, maka jadilah ia sebagai hadiah.
Maka pemasangan niat itu amatlah penting semasa melakukan pemberian. 
Ikhlas adalah penting dalam melakukan ibadad ini.


Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.”

 
(al-Bukhari)

yang mana sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
tangan yang di atas itu bermaksud tangan yang memberi manakala yang di bawah itu pula maksudnya menerima. Jadi fikir-fikirkanlah di mana kedudukan kita.
Terbukti nyata kepada sesiapa yang berhati mulia itu tidak langsung mempunyai perasaan tamak manakala orang yang tidak okhlas itu akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang telah dilakukan termasuklah sedekah, sama ada dengan mengungkit-ungkit atau menyebut kembali mengenai perkara sedemikian kepada si penerima yang akan membuatkan si penerima berasa kecewa dengan sikap yang telah kita lakukan.

Allah berfirman yang maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)... (al-Baqarah: 264)

seharusnya diketahui oleh kita bahawa menolak permintaan si peminta dengan ucapan yang berkhemah atau dengan baik adalah lebih mulia daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
Tetapi harus meminta-minta itu digalakkan oleh Islam kerana perkara sedemikian boleh menjatuhkan maruah dan juga memberikan imej yang buruk mengenai ISLAM sedangkan ALLAH menyuruh umatnya untuk mencari rezeki yang halal di waktu kelapangan di muka bumi ini serta setiap manusia itu berhak ke atasnya asalkan dia bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki dengan kemampuannya tanpa mempunyai perasaan simpati daripada sesiapapun.


tangan yang di atas lebih daripada tangan yang di bawah


sekian assalamualaikum



2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini...
    teruskan ye mim..
    p/s : kalau boleh sebelum publish check spelling error sumer..agar apa yang disampaikan lebih berkesan XD

    ReplyDelete