Powered By Blogger

Followers

Sunday, January 9, 2011

ASSALAMUALAIKUM.....

JADIKAN HARI SEMALAM SEBAGAI PEDOMAN....
PASTI HARI INI PENENTU UNTUK KEJAYAAN ESOK....
JADIKAN HARI ESOK LEBIH BERMOTIVASI DARI HARI INI....

emmmmmm.....
telah ana melakukan satu perubahan yang drastik sejak 2 tiga hari ini....
tidak mengapa....
akan ana jadikan kata-kata di atas sebagai satu kata-kata yang akan membuatkan ana bangkit walaupun apa jua dugaan yang melanda...

Daripada Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Fudhalah bin ‘Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari rahmat Allah.”
 
(al-Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir)

telah ana berputus asa dalam 2-3 hari ini...
disebabkan rendah diri yang teramat
negative thinking yang terlampau
yang telah membuat ana demam.....

daripada hadis di atas
jelas bahawa Allah amatlah tidak menyukai umatnya yang mudah berputus asa tanpa membuat satu perubahan dalam hidupnya....

itu sahaja dari ana
ASSALAMUALAIKUM.....

No comments:

Post a Comment