Powered By Blogger

Followers

Friday, May 27, 2011

...hasad & ghibtah...

“Hati-hati kalian dari sifat hasad, karena hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu bakar.” (HR. Abu Dawud. Al-Albani mengatakan hadis ini DA'IF dalam Silsilah Al-Ahadits Adl-Dha’ifah no. 1902)

Allah ta’ala berfirman, “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain...”” (an Nisa’: 32)

Dari Anas r.a. bahawa dia berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Anakku! Bila engkau mampu hingga pagi dan petang tanpa memendam sifat hasad dengki kepada seseorang, maka lakukanlah.” Lalu Baginda melanjutkan perkataanNya, “Wahai Anakku! Hal itu termasuk sunnahku. Siapa yang mencintai sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku, maka dia bersamaku di syurga.” (HR. Tirmidzi)

Nabi bersabda, “Kalian tidak akan beriman sehingga menginginkan untuk saudaranya hal-hal yang dia inginkan untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi bersabda,"Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain". (H.R Bukhari dan Muslim).


Jika seseorang mendapat nikmat, kita yang melihat keadaan itu akan berada di antara dua keadaan:

1. Jika kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang itu dan kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah (hasad yang dibenarkan). Iaitu rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana yang didapati oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.

Bezanya pada perasaan, BENCI atau SUKA.

Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, kita hendaklah merasa suka dan berharap agar dapat mencontohinya. (Ghibtah).

Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, jangan ada perasaan benci atau tidak suka. (Hasad)

Wednesday, May 25, 2011

ASSALAMUALAIKUM

cerita hati
semalam pabila disoal oleh abg 
takut untuk menyatakan...
memang perkata itu tidak berlaku lagi
tapi takut akan berlaku

abg : cam ne hubungan ngn abg2 yg lain ok x?
mim : ok bang, xder masalah lagi (dalam hati, Allah ku berharap sangat yang tidak akan berlaku sebarang persengketaan antara kita)
abg : syukur Alhamdulillah
mim : Alhamdulillah (takut yg teramat)

mim takut sangat akan berlaku sesuatu antara perhubungan kita...
tapi mim harap apa yang telah terbina antara kita,
berusrah bersama2
susah senang bersama
tidak akan dilupakan begitu sahaja

berharap akan berkekalan
InsyaAllah

Monday, May 23, 2011


titisan air mata yang mengalir dalam hati bukanlah disebabkan sedih
tetapi takut akan apa-apa terjadi kepada mereka...

kerisauan akan meningkat setiap kali pulang ke kampung halaman...
harapan seperti biasa

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah perjalanan mereka pulang dan kembali semula ke KHAR...
Hindarkan segala apa-apa masalah yang berlaku semasa perjalanan mereka itu...

Walaupun bersangka baik tapi tetap risau...

Moga akan selamat sampai

Sayang mereka kerana Allah...
Akan merindui walaupun 3 hari jer

Thursday, May 19, 2011

StAtIsTiK Di MaLaYsIa

Assalamulaikum

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:
1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 50% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 80% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 30% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 30% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 60% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 80% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 70% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.

Sumber : Majalah Al-Ittihad isu 2

Thursday, May 12, 2011

...hati...

Mata mana yang tak tergoda
Pada indah santun yang tercipta
Hati diusik manis senyuman
Bertamu mimpi dalam khayalan
Namun hati ini bimbang
Pada hukum murkaNya
Andai diri terus dibuai terleka

Atas nama cinta
Ku nafikan yang fana
Atas nama cinta
Ku tepis pesona maya
Atas nama cinta
Aku terus sujud penuh rasa hamba
Pada Dia yang lebih Sempurna

Tuhan
Saratkan hatiku
Dengan rasa cinta yang Satu
Tuntunlah rinduku
Agar bertemu dengan redhaMu
Semoga cintaku
Didakap cintaMu…