Followers

Monday, September 5, 2011

...:::PeMiMpiN:::...

Assalamualaikum



“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Ana bukan mahu bercerita mengenai KEPIMPINAN yang besar

TETAPI

Ana hanyalah mahu menceritakan mengenai diri kita sendiri

Sedar atau tidak, mahu atau tidak, hendak atau tidak, terpaksa atau tidak…..Kita merupakan seorang pemimpin, dan itu ada dinyatakan di dalam hadis yang telah ana nyatakan di awal perbicaraan ana.

“Setiap kamu adalah pemimpin”

Ya….
Setiap kita merupakan pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri, dan mahu atau tidak kita haruslah memimpin diri kita ke arah yang baik bukan. Adakah kita mahu melihat diri kita ke arah kebinasaan???

Totally not right????

Dan sebenarnya kita telah berjaya menjadi pemimpin. Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak layak menjadi pemimpin. Dan sebenarnya mereka salah. Kerana skop kepimpinan yang mereka nyatakan adalah kepimpinan yang terlalu berat untuk dipikul.

Jadi jadilah pemimpin yang disegani ramai dengan memimpin diri sendiri ke arah yang lebih baik, dan pimpinlah rakan-rakan dan orang sekeliling anda untuk ke arah yang lebih baik.

Dan

Bersama-samalah menjadi ke arah lebih baik dengan mengajak orang sekeliling kita berubah dengan perubahan yang kita lakukan terhadap diri kita

Kerana

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.” QS 13:11

Sekian.



No comments:

Post a Comment