Followers

Wednesday, July 27, 2011


Ya Allah 
Engkau menegetahui
Hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu

Hati-hati ini
Telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

hayati tiap bait doa ini
telah menitis airmata kerana tidak dapat ku 
melaksanakan beberapa perkara yang terdapat dalam doa ini
doa ini seperti janji dalam setiap bait yang telah dikeluarkan oleh diri ini
tetapi janji tidak dapat ditunaikan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

sesungguhnya tidaklah mahu ana menjadi salah seorang ciri2 yang diperkatakan dalam hadis di atas...
harap2 dijauhkan
SUBHANALLAH

kerja mulia selalunya memang mempunyai banyak dugaan untuk meneruskan sesuatu
tetapi itulah pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah

Tidak akan berhenti untuk meneruskan
Moga mendapat kekuatan dari-Nya untuk agamaMu








No comments:

Post a Comment