Powered By Blogger

Followers

Friday, June 17, 2011

...HindaRi PerasAAn Marah...

burukkan muka kita bila kita marah


“Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
-Imam Syafie-
Asal-usul Marah dan Bahayanya
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Lagi besar ego individu itu, lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan individu itu. Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkat, banyak harta ataupun ramai pengikutnya, semakin tinggi egonya dan semakin menjadi-jadi marahnya. Sebaliknya, apabila kurang segala-galanya, maka kuranglah ego dan kuranglah marahnya.
Sifat pemarah ada pada hampir semua orang seperti sikap hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Mujahid berkata dalam sebuah bait syair yang berbunyi,
“Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah menjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata ‘barangkali’ dan ‘kalau’,”
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita. Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah dengan mengucapkan,
“Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”
Apabila marah diperturunkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada tersisa kecuali barah dan debu.
Panduan Mengatasi Perasaan Marah
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia dapat mengekalkan sifatnya yang lemah lembut. Ahnaf menjawab,
“Aku belajar dengan Qias bin Asim. Pada suatu hari, sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena ana kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
Qias yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman,
‘Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membesarkan kamu’.
Begitulah sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim,”
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukan Qais tidak menyayangi anaknya, tetapi Qais memandang segala kejadian itu daripada Allah. Jika dia bertindak memarahi hambanya, hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan kalau ataupun barangkali. Dia tidak merasakan dirinya ‘tuan’ kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah. Apabila sampai masanya, Allah akan mengambil kembali.
Kita perlu mengubati hati. Kita perlu membuang rasa ‘ketuanan’ yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadah.
Antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi bagi menghilangkan rasa marah adalah :
1.       Mula-mula perlu rasa malu dengan Allah dengan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2.       Apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3.       Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4.       Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan membalas dendam daripada orang yang anda marahi.
5.       Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita semasa sedang marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang apabila kita dalam keadaan marah.
6.       Apabila datang marah, banyakan membaca ta’awwuz iaitu A’uzubillahi minasy syaithanirrajim kerana marah itu datang daripada syaitan.
7.       Apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8.       Kalau marah tidak dapat hilang dengan membuat seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
9.       Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
10.   Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain melakukan kesilapan. Mereka juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
11.   Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, maka bersandarlah. insya-Allah marah akan mula reda.
Peringatan untuk diri ana yang menaip, kerana setiap apa yang dikatakan, dilakukan dan apa-apa yang dinyatakan oleh kita akan menjadi satu ujian bagi kita sama ada untuk menghindari sekiranya perkara yang dikatakan itu buruk dan kekalkan perkara-perkara yang telah dikatakan oleh kita secara baik.
Perasaan marah ini memang sukar untuk dikawal. Tetapi ingatlah kepada Maha Pencipta kita.
insya-Allah kita akan dapat mengawal perasaan itu seperti mana kisah Qais itu.

insya-Allah

2-1-5 (1)
Kolej Harun Aminurrashid
5.34 pm



1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH...LPS NI NAK CUBA SEDYA USHA ...IKUT CARA2 HINDARI MARAH ...SYUKRAN ATAS INFO :)

    ReplyDelete