Powered By Blogger

Followers

Thursday, October 20, 2011

TunaIkan 10 HaK

Assalamualaikum


"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada..."
-Imam Syafie-


SEPULUH HAK
Imam Syafie memberi wasiat, "Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:

1. Hak diri iaitu mengurnagkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertingga;, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.

3. Hak kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. Hak Munkar Nakir iaitu tidak berduata, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak Ridhwan iaitu reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat kepada maksiat.

9. Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan synah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.

10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia kepada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

PENUTUP 
InsyaAllah kepada pembaca dan juga diri sendiri akan cuba la kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita dengan sebaik yang mungkin. 

Seperti yang lepas-lepas, ana ada memberitahu supaya kita sama-sama untuk berubah ke jalan yang diredhai-Nya. InsyaAllah

  
sekian..... 

No comments:

Post a Comment