Followers

Tuesday, August 2, 2011

kisah sahur ku

assalamualaikum

kehidupan tatkala diri ini berada dalam bulan Ramadhan memberikan sedikit impak kepada diri ini...

dalam perubahan yang berlaku membuatkan diri ini takut sama ada adakah diri hamba-Mu ini menjadi hamba kepada Mu Ya Allah atau menjadi hamba kepada bulan Ramadhan
diri berharap supaya tidak menjadi hamba yang kedua


lapangkan dada dan hati ini Ya Allah
untuk beribadah kepada-Mu
ku memohon kekalkanlah momentum hamba-Mu ini walaupun selepas bulan Ramadhan yang Mulia ini


sedikit cerita pada hari pertama bersahur
seorang sahabat kepada ana telah dimarahi kerana mengejutkan ana...geli hati pulak bila ingat balik...
punya la mulia si sahabat itu untuk mengejutkan ana untuk bersahur, alih2 kene marah dengan ana...


ana sebenarnya seorang yang liat untuk bangun sahur
memang tak suka untuk bangun sahur
start duk asrama dulu
huh
bab kata sahur la
memang liat
klo kat umah kene bebel dulu baru bangun


jadi ana nk jadikan Ramadhan kali ini sebagai platform untuk merubah
walaupun sedikit
akan memberikan makna


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”(Al-Bukhari dan Muslim)


disunatkan kan kita bersahur adalah untuk mendapat kecergasan untuk menjalani siang hari yang panjang untuk menjalankan ibadah kepada-Nya untuk menjadi lebih baik dari semalam. 
dan sesiapa yang bersahur kerana-Nya mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya daripada mereka yang hanya bersahur sahaja...

“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.” (Bukhari & Muslim)


jadi peringatan untuk ana dan semua pembaca
marilah kita merebut peluang yang telah diberi kepada Allah
untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya untuk mendapat keberkatan-Nya


sesungguhnya pahala perkara sunat sama seperti perkara wajib
dan 
perkara wajib itu akan digandakan sekiranya kita ikhlas sebenar-benar ikhlas melakukannya kerana Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment