Powered By Blogger

Followers

Thursday, June 30, 2011

وحده

أقول بصدق انني لم تتح لأي شخص الآن باستثناء منزل عائلة الحبيب

أحب هنا لم تعد هناك حاجة
وسيتم على الأرجح أنني قد لا يكون أي شخص آخر هنا

Wednesday, June 29, 2011

TIDAK LAYAK BERADA DI SINI

Tuesday, June 28, 2011

...GeLi GeLi GeLi...

Diri ini lebih selesa
Hati ini sahaja tahu yang diri ini menyukainya

Tidak mahu diketahuinya
Takut akan timbul perkara yang tidak perlu berlaku

Syok sendiri adalah penyelesaian paling bagus untuk mengelakkan daripada sebarang fitnah yang berlaku dan sebarang masalah berlaku

=)

Sunday, June 26, 2011

i believe



IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day




Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?


MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day


Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace


Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain



Friday, June 17, 2011

...HindaRi PerasAAn Marah...

burukkan muka kita bila kita marah


“Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
-Imam Syafie-
Asal-usul Marah dan Bahayanya
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Lagi besar ego individu itu, lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan individu itu. Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkat, banyak harta ataupun ramai pengikutnya, semakin tinggi egonya dan semakin menjadi-jadi marahnya. Sebaliknya, apabila kurang segala-galanya, maka kuranglah ego dan kuranglah marahnya.
Sifat pemarah ada pada hampir semua orang seperti sikap hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Mujahid berkata dalam sebuah bait syair yang berbunyi,
“Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah menjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata ‘barangkali’ dan ‘kalau’,”
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita. Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah dengan mengucapkan,
“Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”
Apabila marah diperturunkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada tersisa kecuali barah dan debu.
Panduan Mengatasi Perasaan Marah
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia dapat mengekalkan sifatnya yang lemah lembut. Ahnaf menjawab,
“Aku belajar dengan Qias bin Asim. Pada suatu hari, sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena ana kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
Qias yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman,
‘Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membesarkan kamu’.
Begitulah sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim,”
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukan Qais tidak menyayangi anaknya, tetapi Qais memandang segala kejadian itu daripada Allah. Jika dia bertindak memarahi hambanya, hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan kalau ataupun barangkali. Dia tidak merasakan dirinya ‘tuan’ kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah. Apabila sampai masanya, Allah akan mengambil kembali.
Kita perlu mengubati hati. Kita perlu membuang rasa ‘ketuanan’ yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadah.
Antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi bagi menghilangkan rasa marah adalah :
1.       Mula-mula perlu rasa malu dengan Allah dengan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
2.       Apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3.       Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4.       Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan membalas dendam daripada orang yang anda marahi.
5.       Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita semasa sedang marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang apabila kita dalam keadaan marah.
6.       Apabila datang marah, banyakan membaca ta’awwuz iaitu A’uzubillahi minasy syaithanirrajim kerana marah itu datang daripada syaitan.
7.       Apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8.       Kalau marah tidak dapat hilang dengan membuat seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
9.       Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
10.   Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain melakukan kesilapan. Mereka juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
11.   Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, maka bersandarlah. insya-Allah marah akan mula reda.
Peringatan untuk diri ana yang menaip, kerana setiap apa yang dikatakan, dilakukan dan apa-apa yang dinyatakan oleh kita akan menjadi satu ujian bagi kita sama ada untuk menghindari sekiranya perkara yang dikatakan itu buruk dan kekalkan perkara-perkara yang telah dikatakan oleh kita secara baik.
Perasaan marah ini memang sukar untuk dikawal. Tetapi ingatlah kepada Maha Pencipta kita.
insya-Allah kita akan dapat mengawal perasaan itu seperti mana kisah Qais itu.

insya-Allah

2-1-5 (1)
Kolej Harun Aminurrashid
5.34 pm



Thursday, June 16, 2011

saya hanya nak belajar loghat terengganu je
kenapa ade yg berfikiran macam2

xsalahkan untuk belajar

masih tak memahami situasi yang sebenar

Wednesday, June 15, 2011

..peRaSaaN TerHaDaP SeSeoRanG..



Ya Allah

Hati ini makin lemah dengan godaan yang telah difikirkan setiap hari
Salahkah untuk hamba-Mu ini mencintai seseorang
Mencintai dengan landasan yang betul
Untuk menjadi peneman hidup
Perlukah diri ini menyatakan perasaan ini kepada empunya badan

Atau

Perlukah diri ini berdiam diri
Hanya melihat dari jauh dengan perasaan cinta itu

Ya Allah, Ya Tuhanku

Sesungguhnya kuasa cinta itu amatlah kuat

Engkau teguhkanlah hati ini supaya tidak menebal perasaan ini terhadapnya
Berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini

Budi pekertinya,
Tutur katanya,
Tingkah lakunya,
Telah membuatkan hati ini terpaku melihatnya

Engkau jagalah pandangan mata ini supaya tidak melihatnya dengan perasaan tidak patut hadir pada seorang umat-Mu

Diri ini redha jika dia bukan merupakan pasangan hidupku
Tetapi
Membuatkan diri ini gembira
Tenang bila melihatnya gembira dalam naungan
Rahmat dan Nikmat-Mu
Ya Allah

Engkau peliharalah dia

Dan
Engkau peliharalah hamba-Mu ini
Tulus ku katakan yang hamba-Mu ini telah jatuh cinta terhadapnya
Engkau peliharalah hati ini
Ya Allah


Berharap agar
Perasaan CINTA ini merupakan
CINTA
yang sejati untuk-Mu
Ya Allah
Ya Tuhanku



Ya Allah kurniakanlah aku cintaMU

Kurniakan kepada aku cinta orang yang cinta kepadaMU

Kurniakanlah aku cinta apa saja yang menghadirkan ku cinta kepada Allah

Dan semoga cinta Allah yang lebih aku dambakan

Tuesday, June 14, 2011

itulah manusia
apabila ada depan tidak menggunakan dengan sepenuhnya
apabila tiada dikenang-kenang...

adakah ini yg dikatakan bersyukur dengan salah satu nikmat yang diberi

Sunday, June 12, 2011


ana redha

Sunday, June 5, 2011

...Sabar & SyukUr...

”Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu syukurilah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.”
                                                                                                                                                                -Imam Syafie-

Musibat dan Nikmat

Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada Allah supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

Jangan Ingkar

Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang daripada Allah sebagai ujian. Bagi mereka gempa bumi, banjir, hama, kebakaran serta angin taufan itu adalah bencana alam, bukan daripada Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka pulih kembali dan berakhir seperti sakit yang lama kemudian sembuh, miskin kemudian kaya dan berakhir. Namun, mereka tetap kufur dengan pemberi nikmat daripada Allah.

Jangan Mengeluh

Ada pula individu-individu yang kurang yakin dalam keimanannya dan kerap mengeluh. Apabila mendapat cubaan yang berbentuk musibat dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Solat dan puasa ditinggalkan.
                Orang yang demikian apabila memperoleh kekayaan, dia sombong. Kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan tangan sendiri. Apabila memperoleh ilmu pengetahuan, ia digunakan bagi merugikan orang lain. Hal ini terjadi apabila semua diperoleh dengan jalan yang tidak wajar.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
                                                                                                                                                                Riwayat al-Hakim

Jangan Ingat di Kala Susah, Lupa di Kala Senang

Golongan berikut adalah individu-individu yang apabila mendapat kesulitan, musibat, malapetaka ataupun kemiskinan, mereka mengingati Allah. Tetapi selepas memperoleh kenikmatan, mereka lupa kepada-Nya. Apabila ditimpa kesusahan mereka berdoa. Sebaliknya, apabila menikmati kesenangan mereka lupa.
                Inilah individu-individu yang apabila memperoleh nikmat lupa kepada Allah. Tetapi apabila ditimpa musibat, baru ingat kepada Allah sebagaimana pernyataan Allah dalam surah Fussilat ayat 51.

Yang bermaksud :
“Dan apabila kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa.”
                                                                                                                                                Surah Fussilat Ayat 51

Beriman dan Yakin

Golongan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang beriman dengan penuh yakin. Apabila memperoleh nikmat, dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapetaka atau kesusahan, dia tetap bersabar. Iman, ibadah dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang mahupun susah.

Ingatlah bahawa setiap dugaan dan cabaran daripada-Nya merupakan salah satu cabang kasih sayang Allah kepada umatnya, kerana sekiranya tidak diduga seseorang umat itu tidak akan tahu di mana tahap kesabaran dan tahap keimanan seseorang itu. Dugaan dan cabaran mengajar seseorang itu erti kesyukuran dan mengerti bahawa kehidupan di dunia itu bukan hanya untuk ber’enjoy’, tetapi adalah untuk menjadi khalifah untuk-Nya. Bersyukur kerana kita masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak dan cabaran supaya menjadikan kita lebih matang. Semasa hidup hendaklah kita berfikir bahawa adakah kita cukup bersyukur dan bersabar atas ketentuan-Nya atau hanya tahu mengeluh dan berdoa untuk mendapatkan kesejahteraan dan kesenangan apabila mendapat musibah, malapetaka mahupun dugaan.

Sekian, wassalam   


Saturday, June 4, 2011

malam bertandang
hati berbisik mengenang
cerita
derita yang daku pendam

kata menguji
cuba untuk ku sudahi
berulang
airmata yang membasahi

aku kini perlu berdiri
walau hakikatnya 
pastikan melukai

aku ingin
semua rasai
kerna penghadirnya hidup
ku sendiri

oh Tuhan
kau berikan
segala kekuatan
meneruskan 
perjalanan

Wednesday, June 1, 2011

Apabila berjauhan akan teringat-ingat
Apabila berada di depan mata tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan rindu
Itulah terjadi kepada diri yang sedang merindui seorang sahabat

Bukan itu saja
Ynag berada di depan mata juga merasakan rindu semakin menebal
Tetapi bagaimana untuk meluahkan perasaan itu
Tidak dapat dirungkaikan bagaimana tebalnya perasaan ini

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”

(al-Bukhari)



Bagaimana rapatnya Abu Bakar bin Abu Quhafah dengan Baginda sehinggakan beliau dipilih oleh Baginda Abu Bakar daripada segala manusia,,,
Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama..
Tidak ana menyatakan ana hanya menyayangi mereka sahaja
tapi ingin ana menjadikan Abu Bakar sebagai pedoman yang boleh membuatkan ana senang didampingi dan disayangi oleh orang lain juga...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

 
Riwayat Al-Tabrani

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat ini kerana telah menjadi sahabat yang terbaik untuk ana...
Kerana bersama dengan mereka membuatkan ana lebih teringat kepada Maha Pencipta
Sayangnya itulah yang ana katakan
ana tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan rasa sayang dan rindu ana kepada mereka walaupun mereka berada di depan mata
Mungkin perkara lalu membuatkan ana segan untuk berdepan dengan mereka...
Tetapi jauh di sudut hati ana menyatakan ana sayang sangat mereka kerana Allah dan ana harap tidak ada yang dapat merenggangkan kami...

Terima kasih kepada abg Abu, abg Kamal, abg Am, abg Long @ Husairi dan juga abg Hafiz @ abah...



Sayang abang kerana Allah...