Followers

Wednesday, February 16, 2011

...9 jenis anak syaitan...

Assalamualaikum...

9 Jenis Anak Syaitan
tajuk yang menarik untuk diperkatakan...
kenapa perlu dinyatakan???
sesungguhnya manusia itu telah diciptakan dengan pelbagai ragam dan pelbagai personaliti...
tidak hairan la ada segelintir manusia yang alpha dan sering melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling...
tingkah laku yang tidak pernah untuk mengikuti garis panduan ISLAM...

jadi tajuk berkenaan merupakan salah satu peringatan untuk yang membaca dan juga untuk ana yang menulis perkara sedemikian...







Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Wednesday, February 9, 2011

...HuHu...

Assalamualaikum...

kali ini ana nak cakap bende simple

bende lawak bagi ana

BELI KEK UNTUK DIRI SENDIRI
meraikan hari jadi ana sendiri...

1st time beli kek utk diri sendiri
hehe

selamat "pendek" umur shamim bin salimon
semoga panjang umur shamim bin salimon

2 makna yg berbeza...

semoga manfaatkan kehidupan anda dengan landasan agama

SELAMAT MENJADI 20 TAHUN

Saturday, February 5, 2011

...NaSyId...

ASSALAMUALAIKUM...

بسم الله الرحمن الرحم




setelah menghayati lagu 
mari kita bersama2 muhasabah balik diri sendiri...

seperti yang apa yang diperkatakan dalam lirik lagu tersebut

setiap kali mendapat nikmat 
jarang kusedari itu pemberian-MU
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

maksud yang begitu mendalam...
YA!
manusia sentiasa dalam kelupaan,
sering kali menganggap apa yang telah diperolehi adalah daripada titik peluhnya sendiri...
memang betul titik peluh kita sendiri,
tapi kita lupa akan Pencipta kita...
Yang Maha Pemberi...
tidak pernah jemu memberi kepada umatnya...
sesungguhnya bersyukur atas nikmat yang diberi amatlah berharga daripada mempertikaikan apa yang telah kita perolehi...

setiap kali mendapat musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-MU  Allah
tempat kembali segala masalah

Allah sahaja tempat kita mengadu masalah...
TETAPI!
apabila mendapat nikmat dari-Nya kita alpha,
leka dan lupa akan-Nya
Maha Pemberi
Maha Besar...
apabila mendapat musibah baru mengingati-Nya
Alhamdulillah memang bagus...
tapi kenapa apabila mendapat musibah...
di manakah kita letakkan Allah yang Esa itu???
apabila mendapat kesusahan baru hendak berdoa, memohon ampun dan memohon hidayah???
jangan sesekali kita lupa dan alpha kepada Pencipta kita
Yang Esa

Bersyukurlah anda kerana telah dijadikan umat Islam sejak azali lagi....
jangan lah putus memohon pertolongan dan jangan lah kita lupa untuk berterima kasih serta bersyukur atas nikmat kurnia yang telah diberi kepada kita...

p/s :
ulasan yang xberapa mantap....
masih belajar...

ana ada terbaca...
orang bijaksana menulis tentang ilmu,
orang cerdik tentang peristiwa,
orang pandai menulis tentang orang lain
orang bodoh hanya menulis tentang diri sendiri...

ana telah tergolong dalam orang bodoh sebelum ini...
ingin perbaiki lagi penulisan...
memerlukan banyak pembacaan